Musa dibawa keluar tanpa pengetahuan & keizinan, Mizz Nina jelas tertekan
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mendakwa anak angkatnya, Musa dibawa keluar dari rumahnya tanpa izin dan pengetahuannya sehingga menyebabkannya tidak dapat berjumpa kanak-kanak itu lebih tiga minggu.
Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, menyifatkan ia sebagai satu pengkhianatan dan memberikan kesan emosi, apatah lagi, dia adalah ibu susuan dan tidak pernah berjauhan dengan Musa.
Penyanyi lagu What You Waiting For itu mendakwa, kejadian Musa dibawa keluar ketika dirinya dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja pada Disember tahun lalu
“Musa dibawa keluar dari rumah ketika saya dalam perjalanan ke Tokyo.
Bila mendarat, saya diberitahu Musa sudah dibawa keluar dari rumah oleh pengasuh yang diambil bekerja sepenuh masa.
“Semua ini terjadi ketika saya atas kapal terbang, tanpa keizinan dan pengetahuan saya.
“Bayangkan perasaan saya ketika mendarat? Dari situ, saya terbang pulang ke Kuala Lumpur dan dapat tahu Musa bersama bekas suami.
“Lebih tiga minggu saya tidak tahu di mana Musa berada. Boleh bayangkan anak berusia dua tahun dibawa keluar dari rumah, ia suatu yang memberikan kesan trauma kepada Musa.
“Saya sangat tertekan dalam tempoh itu,” dakwanya ketika ditemui BH Online.
Berikutan itu, Mizz Nina yang memiliki semua dokumen sah berkaitan Musa menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan anaknya semula.
“Saya sangat risau akan keselamatannya, ibu bapa saya dan semua orang. Ia adalah satu pengkhianatan.
“Jadi, satu-satu caranya untuk mendapatkan Musa kembali dengan menggunakan saluran undang-undang.
“Kami mempunyai dokumen lengkap dan segala yang berkaitan syariah. Disebabkan itu, saya mendapatkan perintah mahkamah dan Alhamdulillah, saya dapat Musa semula.
“Namun jadi persoalan, mengapa dia (Noh Salleh) tidak mengambil Musa dengan cara betul dan sah di sisi undang-undang.
“Sebab dia tidak mempunyai dokumen lengkap dan memilih cara yang salah dengan merancang serta menunggu saya tidak berada di Malaysia untuk mengambil Musa.
“Memanipulasi, merancang dan tidak jujur, tapi tiada siapa tahu semua ini,” dakwanya.
Mizz Nina percaya perbuatan dilakukan oleh bekas suami dirancang dari awal dan hanya menunggu masa tepat untuk mengambil Musa daripada jagaannya.
Bagaimanapun, Mizz Nina bersyukur Musa kembali ke pangkuannya.
“Bagi saya, kesihatan dan keselamatan Musa sangat penting. Sebab ia menyebabkan trauma apabila anak kecil dibawa keluar dari rumah selama lebih tiga minggu.
“Saya mempunyai hak menjaga Musa mengikut undang-undang. Musa sememangnya di bawah jagaan saya dan bekas suami pun tahu semua itu,” katanya.
Bukan tujuan membuka aib sesiapa, Mizz Nina hanya mahu berkongsi perkara sebenar, memandangkan tidak pernah berkongsi apa-apa mengenainya dalam media sosial.
“Saya rasa ramai kenal saya seorang yang sangat menjaga privasi. Saya memang tak akan keluarkan kenyataan.
“Boleh tengok kehidupan saya, walaupun selepas saya bercerai dengan bekas suami, saya tak buka aib dan tak cerita apa-apa.
“Untuk mengeluarkan kenyataan ini, bermakna perkara salah sudah berlaku sebab saya tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan.
“Saya tak pernah buat benda macam ini, saya keluarkan fakta ini untuk anda fikirkan.
“Saya percaya bekas suami tunggu saya tiada di Malaysia dan merancang semua ini. Dia boleh melakukan dengan cara betul sebelum melakukan perkara ‘gila’ ini, tapi dia tak buat,” dakwanya.
Terdahulu, ibu kandung kepada Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira menafikan dakwaan memberi keizinan kepada penyanyi dan vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh untuk mendapatkan Musa.
Athira mendakwa dimanipulasi dan dipergunakan oleh Noh untuk kepentingan sendiri bagi mendapatkan Musa untuk dibawa keluar dari rumah Mizz Nina dengan bantuan pengasuh.
Pada masa sama, Mizz Nina menafikan apabila bekas suami mendakwa sukar berkomunikasi dengannya ketika mahu mengambil semula Musa.
“Sebelum adanya perintah mahkamah, kami ada berkomunikasi dan dia pernah bertanya sama ada boleh jumpa Musa dan kemudiannya, tiba-tiba tak boleh sebab dia sibuk.
“Namun, dari segi komunikasi, dia bukan mahram saya, jadi tak sesuai untuk bukan mahram menghubungi saya.
“Dalam Islam, perkara itu salah. Kalau dia mahu berkomunikasi, lebih baik berhubung dengan mahram saya iaitu suami saya, Essam Muhammad atau bapa saya,” dakwanya yang turut bersyukur suaminya, Essam sangat memberikan sokongan.
Sementara itu, Mizz Nina turut melahirkan rasa kesal apabila bekas suami melanggar perjanjian apabila bertindak berkongsi wajah Musa dalam laman sosial.
“Saya bimbang keselamatan Musa jadi seperti permintaan ibu kandung Musa, wajah Musa tidak boleh didedahkan.
“Sebelum ini, saya tak pernah berkongsi wajah Musa untuk tatapan umum. Kalau muat naik gambarnya sekali pun, saya tidak dedahkan wajahnya,” katanya.
Dalam pertemuan itu, Mizz Nina berkata, buat masa ini, dia tidak ada apa-apa tuntutan ke atas bekas suaminya, hanya mahu berkongsi keadaan sebenar mengenai apa yang berlaku.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET