Hot Daddy dituduh iklan persundalan
Dia dituduh bersama 2 teman wanitanya.
Hot Daddy dituduh iklan persundalan
Lelaki tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X dituduh di Mahkamah Sesyen, hari ini.
Lelaki terbabit Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Ketiga-tiga mereka dituduh mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latif tidak mencadangkan ikat jamin kepada semua tertuduh.
“Sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya mencadangkan kadar itu ditetapkan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh.
“Jumlah itu sesuai kerana mengambil kira kepentingan awam selain pertuduhan kesalahan dikategorikan dalam jenayah yang serius,” katanya.
Sementara itu, peguam Mohd Faris Abrar Othman, yang mewakili semua tertuduh merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum.
Katanya, tiada elemen menunjukkan mereka akan melarikan diri kerana anak guamnya adalah rakyat tempatan malah keluarga mereka menetap di sini.
“Hasli Ikhwan perlu menjaga bapanya yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang selain mempunyai tiga anak yang berusia empat, 10 dan 12 tahun,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak Siti Aminah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk serahan dokumen.
Sebelum ini ketiga-tiga mereka ditahan pada 17 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.
Difahamkan polis kini turut menahan empat wanita berusia antara 22 hingga 34 tahun yang juga disyaki pelaku dalam video-video seks berkenaan.
Dua daripada wanita terbabit direman selama tujuh hari bermula semalam, dua lagi wanita direman selama empat hari bermula hari ini.
Siasatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sebelum ini mendapati suspek menjual video berkenaan dalam aplikasi X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan. BH
Hot Daddy dituduh iklan persundalan
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya