Ahmad Zulqarnain Onn dilantik CEO KWSP

Ahmad Zulqarnain Onn dilantik CEO KWSP

Ahmad Zulqarnain Onn dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 19 Feb depan.

Ahmad kini memegang jawatan ketua pegawai eksekutif dan pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) iaitu kumpulan pengurus aset terbesar negara.



Pelantikan itu mengisi kekosongan jawatan berkenaan selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menamakan Amir Hamzah Azizan, CEO KWSP sebelum ini sebagai menteri kewangan kedua dalam rombakan Jemaah Menteri bulan lepas.

Pengerusi KWSP Ahmad Badri Mohd Zahir dalam kenyataan berkata pihaknya menghargai khidmat Amir Hamzah dan pada masa sama mengalu-alukan kedatangan Ahmad Zulqarnain.

“Dengan pengalaman korporatnya yang luas, kepimpinan beliau yang dinamik bakal memacu KWSP ke tahap baharu,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Badri berkata KWSP akan memastikan peralihan yang lancar dan meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan dan hala tuju strategik Ahmad Zulqarnain dalam memenuhi misi dana pencen terbesar negara itu.



Ahmad Zulqarnain mempunyai pengalaman korporat yang luas di mana beliau telah memegang beberapa jawatan antaranya CEO Danajamin Nasional Berhad dan timbalan pengarah urusan Khazanah Nasional Berhad.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Harvard itu dilantik presiden dan CEO PNB pada Julai 2020. FMT

Ahmad Zulqarnain Onn dilantik CEO KWSP

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker