Pelakon curang dengan suami orang masih berstatus seorang isteri

Dia Telah Digantung Tugas Serta Merta

Pelakon curang dengan suami orang masih berstatus seorang isteri

Kecoh di media hiburan Singapura apabila seorang aktres kelahiran negara itu dilaporkan berlaku curang dengan suami orang.

Pelakon dan pengacara Fatin Amira itu juga dilaporkan telah direhatkan daripada mengendalikan program wawancara Manja di Singapura.



Berikutan video curang itu tersebar di TikTok, Fatin Amira juga dimaklumkan tidak akan muncul dalam episod seterusnya yang akan disiarkan pada 29 Januari ini, menurut Mediacorp Singapura.

Terbaru, kemarahan netizen di seberang tambak memuncak apabila mengetahui Fatin Amira masih bergelar isteri orang.

Terdahulu, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang lelaki berstatus suami orang dilihat bersama dengan seorang wanita di lobi hotel Capri By Fraser China Square.

Wanita berkenaan didakwa mirip Fatin yang mengenakan kemeja T berwarna merah jambu dan berskirt pendek di mana dia dilihat keluar dari sebuah kereta yang sama dengan lelaki berkenaan.



Video itu kemudian diakhiri dengan kedua-duanya berpisah secara berasingan namun menuju ke kereta yang sama.

Difahamkan, isteri kepada lelaki berkenaan iaitu Nurul Aini dan Fatin merupakan pelakon dan pengacara sambilan di Mediacorp Singapura.

Fatin dikecam teruk dan dia juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan manakala akaun media sosialnya juga tidak boleh diakses umum.

Pelakon curang dengan suami orang masih berstatus seorang isteri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker