Beri peluang kedua taikun, tokoh politik bawa pulang harta – Suhaili

Beri peluang kedua taikun, tokoh politik bawa pulang harta – Suhaili

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mencadangkan kerajaan memberi “peluang kedua” kepada taikun atau tokoh politik kaya untuk membawa pulang dana kekayaan mereka di luar negara.

Suhaili berkata tawaran pengampunan sementara untuk golongan itu bagi menyuntik dana bernilai berbilion ringgit ke dalam ekonomi domestik adalah langkah terbaik ketika negara berdepan masalah ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Suhaili berkata beliau percaya terdapat lebih 20 orang taikun dan tokoh politik menyimpan dana kekayaan di luar negara, dengan anggaran nilai terkumpul mungkin melebihi RM1 trilion.

Katanya, sebagai contoh, pemberian pengampunan sementara selama enam bulan serta pelepasan cukai sepanjang tempoh dana kekayaan disimpan di luar negara kembali dibawa pulang adalah penyelesaian yang bagus.

“Secara langsung, tawaran sebegini akan membantu mengukuhkan ekonomi negara selain dilihat sebagai langkah perundingan ‘menang-menang’ di antara kerajaan dan golongan taikun berkenaan.

“Kaedah penyelesaian ini juga saya kira lebih baik dan bermanfaat kepada ekonomi negara berbanding mengambil tindakan undang-undang secara ‘by the book’. Sekurang-kurangnya ia mengurangkan persepsi kerajaan sedang melaksanakan ‘politik balas dendam’,” katanya yang dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

“Dalam menyelesaikan isu kegagalan pengisytiharan harta oleh rakyat kita, kalau kerajaan hendak duit balik, takkan mereka hendak menyusahkan proses berkenaan?” soalnya.

Suhaili mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat beberapa taikun dan tokoh politik termasuk bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan anak lelaki bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Mirzan.

Pada Selasa, isteri Daim, Naimah Khalid mengaku tak bersalah atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan aset.

Beliau didakwa gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, termasuk dua kenderaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki juga berkata SPRM sudah mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negara mendakwa Daim di mahkamah pada minggu lalu.

Pada minggu lalu, SPRM mengesahkan agensi itu memanggil Mirzan ke ibu pejabatnya di Putrajaya untuk menyampaikan satu perintah notis pengisytiharan aset.

SPRM berkata, perintah itu adalah tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC). FMT

Beri peluang kedua taikun, tokoh politik bawa pulang harta – Suhaili

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker