Siasatan BPR dapati tiada kes terhadap Anwar
Siasatan BPR dapati tiada kes terhadap Anwar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya yang dulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) ada menjalankan siasatan terhadap akuan bersumpah (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini berkata BPR membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Anwar susulan akuan bersumpah Abdul Murad yang dikeluarkan pada 26 Oktober 1999.
“Siasatan dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci dengan bantuan BNM termasuk di dalam dan luar negara seperti United Kingdom dan Singapura.
“Hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kes terhadap Datuk Seri Anwar.
“Sehubungan itu, enam kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002 dan Pejabat Peguam Negara telah memutuskan tiada pertuduhan dikenakan kepada mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menjelaskan SPRM memandang serius kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang medianya kelmarin yang disifatkan sebagai tohmahan.
“Tun Mahathir telah membuat tohmahan bahawa SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Sehubungan itu, SPRM menekankan dakwaan BPR/SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpah Abdul Murad adalah tidak benar sama sekali.
“Malah perkara tersebut berlaku semasa kepemimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Dr Mahathir dalam sidang media kelmarin mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Abdul Murad berhubung SD dibuatnya pada 1999.
Kira-kira 24 tahun lalu, Abdul Murad mendakwa Anwar yang ketika itu pembangkang memiliki RM3 bilion dalam lebih 20 akaun bank. BH
Siasatan BPR dapati tiada kes terhadap Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET