Mansuh dulu skim pencen wakil rakyat, menteri – Netizen
Mansuh dulu skim pencen wakil rakyat, menteri – Netizen
Seiring cadangan pelaksanaan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu, pengguna media sosial hari ini menuntut langkah itu dikuatkuasakan terlebih dulu kepada semua lantikan politik.
Selain membabitkan menteri dan timbalan menteri, reaksi pengguna media sosial menerusi komen di Facebook Berita Harian Online mahukan langkah sama turut diambil terhadap wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Terdahulu, rancangan melaksanakan skim tidak berpencen kepada penjawat awam baharu itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada sidang medianya sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kajang, petang tadi.
Seorang pengguna media sosial, Ae Zal menyifatkan bayaran pencen kepada wakil rakyat sebagai satu pembaziran.
“Bekas MP (Ahli Parlimen) & ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) patut tidak berpencen… membazir,” komennya di ruangan Facebook Berita Harian Online hari ini.
Berikut antara komen pengguna di lama media sosial sama:
Muhammad Firdaus Selamat Ali – “Mansuhkan juga pencen para barisan menteri dan semua wakil rakyat yang ada dalam negara ini…. adalah sangat merugikan duit kerajaan bayar pencen kepada mereka ini semua.. tukar sajalah kepada skim KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).
Hadi Ghazali – “Sepatutnya pencen Ahli Parlimen dan ADUN serta bekas-bekas menteri dihapuskan.
Singh Singh – “Sama-sama (mansuh) dengan semua menteri-menteri, bekas MP (Ahli Parlimen) dan lain-lain.
Shahrulnizam Aberd – “Kalau menteri yang servis tak sampai lima tahun tu tak ada pencen tu memang patut la kan? Pencen ni pun untuk orang yang servis sekurang-kurangnya 30 tahun jer kan? Kalau nak samakan dengan private (swasta), bonus pun kena sama dengan private (swasta) juga la.
Shukur Shukri – “Menteri pun sama tiada pencen… bagi adil.
Dean Nadzri – “Buat sekali pada YB, menteri dan seangkatannya…. Baru adil… Ni jadi sepenggal (berkhidmat) dah boleh dapat full (penuh) pencen…,”.
Muhammad Zuhairie – “Pencen menteri, ADUN dan Ahli Parlimen patut sangat dimansuhkan,” katanya.
Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang menganggap wajar jika pemansuhan skim bayaran pencen hanya membabitkan wakil rakyat saja, bukannya semua penjawat awam.
Sebagai contoh Rashid Hamat melalui komennya berkata, “Pemansuhan pencen khusus untuk barisan menteri dan wakil rakyat sahaja. Pencen penjawat awam dikekalkan dan perlu ditambah amaunnya,” katanya.
Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.
Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP.
Minggu lalu, Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah pun diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. BH
Mansuh dulu skim pencen wakil rakyat, menteri – Netizen
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET