Umno tumpu ketua kampung lepas serah semula 20 PBT Selangor

Umno tumpu ketua kampung lepas serah semula 20 PBT Selangor

Umno Selangor mahu pentadbiran Amirudin Shari pertimbang memberi mandat kepadanya untuk mentadbir lebih 300 jawatan ketua kampung.

Langkah itu bagi membolehkan Umno menggembleng tenaga meraih kembali sokongan akar umbi kepada parti itu, jelas Ketua Pemuda Selangor, Mohd Imran Tamrin.



“Untuk Barisan Nasional dan Umno kekuatan kita di luar bandar, khususnya di kawasan ini ada institusi ketua kampung. Kita nak bagi tahu semua institusi ini biarlah diuruskan dan dikendalikan Umno sebagai induk untuk perbincangan kerana pihak berkuasa tempatan (pelantikan ahli majlis) dah selesai di peringkat Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.

Imran berkata menyasarkan Umno ke luar bandar akan mewujudkan suatu kesinambungan bagi parti itu, kerana presidennya, Zahid Hamidi memegang portfolio kemajuan desa dan wilayah di peringkat kerajaan persekutuan.

Manakala di peringkat negeri pula, portfolio desa dan luar bandar, kemampanan kampung tradisi dan perpaduan nasional digalas oleh wakil rakyatnya, Rizam Ismail, yang juga Adun Sungai Air Tawar.

“Kita buat ketetapan biarlah institusi ketua kampung diurus pihak kita,” katanya, menjelaskan rasional di sebalik langkah menolak 20 jawatan ahli majlis PBT di Selangor.



Justeru, Imran menyangkal dakwaan Umno tamak apabila mengemukakan cadangan ini, sedangkan ia hanya mahu memanfaatkan dan menumpukan kekuatan pihaknya.

“Isunya adalah peranan dan juga kelebihan serta kekuatan yang ada di kedua-dua pihak, kalau digabung dan diberikan penekanan betul dan diletakkan di tempat betul akan berikan kelebihan dan perjalanan kerajaan perpaduan berjalan baik,” katanya.

Pengerusi Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omardin, minggu lepas berkata partinya mahu tumpu kepada 373 pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK).

Ketetapan itu disahkan oleh Zahid selepas pertemuan bersama saf kepimpinan Umno, semalam.



Sementara itu, seorang ketua Umno bahagian yang minta tidak dinamakan berkata Umno akan mampu menjaga kebajikan akar umbi parti sekiranya ia mentadbir kampung-kampung.

“Bagi kita jawatan ketua kampung, banyak ketua cawangan dapat; bagi semua orang Umno, suruh buat kerja. Kita nak kuatkan akar umbi kita,” katanya.

Zahid juga katanya bersetuju dengan cadangan tersebut dan akan membawa perkara itu ke seketariat kerajaan perpaduan untuk dipertimbangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Presiden akan bincang dengan perdana menteri. Itu keputusan kita. Presiden menyokong cara itu jadi tidak nampak perbalahan.



“Kita lebih setuju jaga kampung, nak jaga akar umbi, pengundi kita. Bila kita beri orang bawah jawatan, mereka tahu kita utamakan akar umbi,” katanya. FMT

Umno tumpu ketua kampung lepas serah semula 20 PBT Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker