PM mengadap Agong untuk mesyuarat prakabinet

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara petang ini.

Istana Negara menerusi catatan di Instagram dan Facebook rasmi memaklumkan sesi itu juga cukup istimewa buat kedua-dua pemimpin khususnya Al-Sultan Abdullah kerana ia adalah mesyuarat terakhir sebelum Seri Paduka menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Jan ini.

Sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, baginda berkenan berangkat menghadiri mesyuarat Pra-Kabinet sebanyak 160 kali termasuk sesi hari ini, dengan empat Perdana Menteri.

Turut hadir pada sesi hari ini Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mesyuarat Pra-Kabinet yang pertama ialah pada 13 Feb 2019.

Mesyuarat itu adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat bersama Perdana Menteri mengenai urusan serta isu berkaitan kerajaan.

Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 bagi tempoh lima tahun.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker