Nasi lemak 90 sen
Nasi lemak 90 sen
BATU PAHAT: “Nasi lemak harga 90 sen, betul ke ni?”
Itu soalan yang sering terpacul daripada hampir semua pelanggan yang datang untuk membeli sarapan di Restoran Menu Dulu Dulu di Jalan Tongkang Pecah, dekat sini.
Malah, ada pelanggan seperti tidak percaya masih ada lagi nasi lemak yang dijual di bawah harga RM1 ketika ini kerana kebiasaannya antara RM3 atau RM4 dengan set lengkap.
Pengurus restoran, Nini Yana Jafri, 42, berkata, sejak dibuka Jun tahun lalu, pelbagai promosi antara satu hingga dua bulan dilakukan bagi setiap menu pilihan.
Malah, adakalanya diberikan secara percuma untuk orang ramai merasainya sebagai tarikan ke restoran yang dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam ini.
“Untuk menu nasi lemak, kami mula jual pada harga 90 sen sejak 1 Januari lalu dan dijangka tawaran ini berakhir pada hujung Februari depan.
“Namun, sekiranya menggalakkan, menu nasi lemak yang dihidangkan bersama ikan bilis goreng, timun dan setengah biji telur serta sambal ini akan diteruskan sehingga tempoh ditetapkan pihak pengurusan restoran,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Nini Yana, sejak diperkenalkan, nasi lemak 90 sen mendapat sambutan ramai sehingga mencecah 40 set pada hari biasa dan meningkat kepada hampir 100 set ketika hujung minggu.
Hakikatnya harga nasi lemak itu adalah RM4, namun pihaknya mengambil pendekatan untuk berkongsi rezeki dengan para pelanggan yang datang bersarapan di situ.
“Untuk sarapan, selain nasi lemak, turut disediakan pelbagai menu seperti lontong dan kuih-muih sebagai pilihan.
Kami juga menyediakan menu makan tengah hari dan petang yang menawarkan pelbagai jenis masakan dengan lauk ikan baung salai dan nasi Madinah Kambing sebagai tarikan utama,” katanya. Utusan
Nasi lemak 90 sen
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET