Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid

Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid

Presiden Umno Zahid Hamidi mengesahkan parti itu menolak sejumlah 24 kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) ditawarkan kerajaan Selangor.

Zahid berkata beliau menghormati keputusan disampaikan kepadanya dalam mesyuarat bersama Umno Selangor malam tadi, sambil menegaskan tidak timbul soal berkecil hati.

Timbalan perdana menteri berkata antara alasan penolakan itu kerana ada beberapa pemimpin Umno bahagian yang tidak dapat dilantik sebagai ahli majlis PBT.

“Tidak timbul soal tamak dalam perkara ini, kami ada 22 ketua bahagian jadi kalau ada yang dapat, ada yang tidak dapat (dilantik)… lebih baik semua tidak dapat.

“Kita serah kepada kerajaan perpaduan Selangor di bawah kepimpinan (Menteri Besar) Amirudin (Shari) untuk bersama kami, walaupun di luar PBT kami tetap sokong (kerajaan negeri),” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa keselamatan jalan raya dan sesi libat urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia.

Sabtu lalu, Umno Selangor memutuskan mengembalikan semula kuota kerusi ahli majlis PBT kepada kerajaan negeri, namun pada masa sama menuntut 373 jawatan pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan Kampung (JPKK).

Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin berkata tindakan itu bukan disebabkan pihaknya “merajuk”, sebaliknya hanya mahu berunding atas semangat persahabatan.

Beliau menegaskan ini kerana kuota diperuntuk kepada Umno hanya 7% daripada 288 kerusi ahli majlis membabitkan 12 PBT.

Umno dan PH bekerjasama di Selangor susulan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan. Pada PRN Ogos lalu, gabungan itu menang 34 daripada 56 kerusi yang menyaksikan Amirudin Shari kekal sebagai menteri besar.

Umno yang menang dua kerusi iaitu di Dusun Tua dan Sungai Air Tawar diperuntuk satu kerusi exco, menyaksikannya kembali menganggotai pentadbiran Selangor selepas tewas pada PRU 2008. FMT

Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker