Kebakaran kilang kayu, Bomba ambil masa lebih 18 jam untuk padam kebakaran
Pasukan bomba mengambil masa lebih 18 jam untuk memadamkan api di sebuah kilang kayu di Jalan Kerian, Sungai Jawi di sini yang terbakar sejak petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang semalam dengan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap digegaskan ke lokasi kejadian.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan kilang pemprosesan kayu berkeluasan 140 meter persegi dengan sebahagian binaan bangunan adalah terbuka.
“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran ketika itu ialah 80 peratus dan pihak bomba menjalankan operasi pemadaman sehingga berjaya memadamkan api serta bara di kawasan kilang itu pada 1.35 tengah hari ini iaitu kira-kira 18 jam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, operasi membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota yang turut dibantu oleh sembilan Pasukan Bomba Sukarela itu tamat sepenuhnya pada jam 4.33 petang.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan insiden itu tidak membabitkan kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera. – Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET