Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan
Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan
Istana Kelantan menarik balik gelaran Tengku Mahkota yang dikurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan menganugerahkannya kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang juga Tengku Bendahara Kelantan.
Perkara itu dinyatakan dalam dua warta kerajaan Kelantan secara berasingan bertarikh 11 Januari 2024 yang disahkan oleh setiausaha kerajaan negeri Nazran Muhammad kepada NST semalam.
Menurut warta yang turut beredar di media sosial itu, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Majlis Perajaan Kelantan pada 4 Januari lalu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Bharu.
Keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bawah Fasal (2) Perkara 27 Undang-undang Perlembagaan Tubuh KerajaanKelantan (Bahagian Kedua) yang dibaca bersama dengan Seksyen 27 Interpretation Acts 1948 dan 1967.
Tiada alasan dinyatakan susulan pertukaran pemegang gelaran itu.
Malaysiakini sejak semalam cuba mendapatkan penjelasan istana dan kerajaan negeri tetapi tidak berjaya.
Majlis Perajaan Kelantan ialah badan untuk mengesahkan kenaikan takhta dan kerajaan Kelantan.
Ia dianggotai oleh 20 anggota, termasuk setiausaha kerajaan negeri, mutfi, empat orang ahli kerabat diraja dan enam hingga 12 orang anggota berbangsa Melayu dan rakyat negeri itu.
Tengku Fa-iz, putera kedua almarhun Sultan Ismail Petra, menjadi Tengku Mahkota dan sebagai pewaris takhta selama kira-kira 13 tahun bermula 18 Oktotober 2010.
Tengku Fakhry, putera ketiga Sultan Ismail, pernah mencuri perhatian media selepas dilucutkan gelaran Temenggong dan semua anugerah pada 2010 oleh kekandanya Sultan Muhammad V.
Baginda juga terlibat dalam kes mahkamah setelah menyaman ketua polis negara sebelum ini Ismail Omar setelah mendakwa ditahan secara salah pada 2009 di pekarangan Istana Mahkota Kubang Kerian ketika sedang memandu kereta Bentley Brooklands.
Selain itu, baginda juga berdepan perang mulut dengan bekas isteri Manohara Odelia Pinot dan ibu mentuanya Daisy Fajarina atas dakwaan mendera gadis warganegara Indonesia dan Amerika Syarikat itu.
Kes itu bagaimanapun dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Manohara serta Daisy diperintahkan membayar ganti rugi RM6 juta kepada Tengku Fakhry dalam kes fitnah itu. Mk
Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan
Baca Artikel Menarik:
- Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
- Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba
- Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan
- Tyzo nafi buat gimik murahan
- Sasaran siasatan SPRM tahun ini
- Kerajaan boleh hilang kuasa tanpa usul undi percaya
- Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha
- Fatiya tuduh suami Heliza sebagai scammer
- Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok
- Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang
- Kaka rujuk dengan Fahmi
- Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000
- Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat
- ‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’
- ‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton
You must be logged in to post a comment.