Banyak bandar Amerika bakal jadi `bandar hantu’
Banyak bandar Amerika bakal jadi `bandar hantu’
WASHINGTON: Satu kajian baharu mendakwa sebahagian besar bandar di seluruh Amerika Syarikat (AS) dijangka menjadi `bandar hantu’ menjelang tahun 2100.
Kajian itu didedahkan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Chicago di Illinois menerusi artikel jurnal yang diterbitkan dalam Nature Cities.
Lapor UPI News, menurut para penyelidik, hampir separuh daripada kira-kira 30,000 bandar di AS bakal menghadapi penurunan populasi.
Bandar-bandar utama di Timur Laut dan Barat Tengah dikatakan sudah mengalami penurunan populasi secara beransur-ansur.
Walaupun bandar di wilayah Selatan dan Barat mengalami pertambahan penduduk namun populasi di beberapa bandar utama seperti Alabama, Georgia dan Tennessee semakin berkurangan.
Kumpulan penyelidik mendapati Cleveland, Buffalo dan Pittsburgh bakal menyaksikan penyusutan populasi 12 hingga 13 peratus menjelang 2100.
Jelasnya, bandar seperti Louisville, New Haven dan Syracuse yang ketika ini tidak menunjukkan penurunan populasi, berkemungkinan mengalami pengurangan penduduk tidak lama lagi.
“Anda mungkin menyaksikan peningkatan penduduk di Texas ketika ini, namun jika dilihat Michigan kira-kira 100 tahun lalu, siapa sangka Detriot kini akan menjadi bandar terbesar di AS,” kata penyelidik, Sybil Derrible kepada majalah Scientific American.
Kajian baharu itu secara ringkas meneliti kemungkinan punca perubahan populasi tersebut.
“Ia meneliti daripada kesan populasi yang semakin tua kepada perubahan dalam ekonomi, gaji dan akses pengangkutan.
“Selain itu, perkara lain seperti perubahan iklim dan faktor yang serupa turut diteliti,” jelas laporan. Utusan
Banyak bandar Amerika bakal jadi `bandar hantu’
Baca Artikel Menarik:
- Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
- Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba
- Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan
- Tyzo nafi buat gimik murahan
- Sasaran siasatan SPRM tahun ini
- Kerajaan boleh hilang kuasa tanpa usul undi percaya
- Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha
- Fatiya tuduh suami Heliza sebagai scammer
- Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok
- Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang
- Kaka rujuk dengan Fahmi
- Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000
- Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat
- ‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’
- ‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton