Intan Najuwa naik kuda pun pakai jenama Hermes

Intan Najuwa naik kuda pun pakai jenama Hermes

Berang dituduh riak, aktres Datin Intan Najuwa menegaskan tidak semua barangan mewah yang dimiliki hasil tajaan suami tersayang, Datuk Ahmad Azraf Azman sebaliknya, dia juga mampu untuk membelinya sendiri.

Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkata demikian apabila ada yang mula melemparkan dakwaan dia mula menunjukkan sifat angkuh selepas mengahwini lelaki kaya.



“Maafkan saya, ini saya beli menggunakan duit sendiri.

“Ingat semua barang dibeli pakai duit suami ke?” katanya dalam ruangan komen.

Respons balas tersebut diberikan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu kepada seorang individu yang kurang senang melihat Intan membeli barangan berjenama mewah iaitu Hermes untuk kegunaannya menunggang kuda.

“Dia ini bangga sangat kahwin dengan lelaki kaya. Riak sungguh,” kata individu tersebut.



Sementara itu, bagi netizen lain pula mereka teruja apabila seekor kuda dipakaikan produk daripada sebuah jenama yang paling mewah di dunia.

“Seronoknya jadi kuda itu sebab boleh pakai Hermes.

“Ini kaya tahap lain. Netizen kalah dengan kuda,” seloroh segelintir individu.

Sebelum ini, Intan sering menuai perhatian ramai dalam media sosial dengan pelbagai perkongsian memaparkan kehidupan mewahnya.



Antaranya ialah Azraf pernah ‘mengangkut’ sebuah lori dipenuhi kuda di New Zealand tahun lalu.

Terdahulu, Intan selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berkenaan pada 24 Ogos tahu ln lalu di Desaru, Johor.

Intan turut menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan wang hantaran berjumlah RM222,000. K Online

Intan Najuwa naik kuda pun pakai jenama Hermes



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario



Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker