Langkah Dubai mahu tawar Abang Jo sebagai PM, “Saya bukan paloi (bodoh)”

PETALING JAYA: Premier Sarawak Abang Johari menolak spekulasi mengaitkan dirinya menjadi perdana menteri, yang dipercayai menjadi kunci utama “Langkah Dubai” bagi menukar kerajaan.

Abang Johari, yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak, berkata beliau bukannya “paloi” (bodoh) terjerumus dalam kekalutan politik di Semenanjung, menurut laporan Borneo Post.

“Saya baca (laporan media) dan saya nampak nama saya, nak letak saya jadi perdana menteri…tetapi saya kata letak orang Sarawak sebagai perdana menteri dengan 23 Ahli Parlimen, tidak masuk akal.



“Saya bukan paloi (bodoh), saya tahu sukatan baju saya dan apa yang penting sekarang semua ahli politik mesti memberi kepentingan kepada rakyat dan negara,” katanya pada sesi townhall sempena tahun ketujuh menjadi premier.

“Negara kita berdasarkan demokrasi, dan bila pilihan raya dibuat dan ada keputusan, kita sepatutnya terima keputusan,” katanya.

Abang Johari yang bukan seorang Ahli Parlimen, berkata jika sekalipun pembangkang menyokongnya bagi kedudukan tertinggi itu, beliau masih tidak dapat sokongan mencukupi menerajui kerajaan.

GPS mempunyai 23 Ahli Parlimen manakala pembangkang Perikatan Nasional mempunyai 69 Ahli Parlimen dan Muda hanya mempunyai seorang wakil Parlimen. Lima Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini telah mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim.



Perlembagaan Persekutuan menetapkan seorang Ahli Parlimen memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 112 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik perdana menteri.

Sebagai sebahagian “Langkah Dubai”, pembangkang dikatakan menawarkan jawatan perdana menteri kepada wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menjadi komponen utama dalam GPS. Sarawak juga dijanjikan pemberian kuasa autonomi lebih besar jika GPS menarik sokongan terhadap Anwar.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker