Flat ‘selera’ Kondo, DBKL arah penghuni cabut jeriji halang laluan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan pengurusan Flat Wangsa Maju Seksyen 2 mengambil tindakan berhubung aduan pemasangan pintu jeriji yang menghalang laluan pejalan kaki.

DBKL menerusi kenyataan berkata, surat arahan tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan DBKL melalui Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) pada Selasa.

“COBKL telah mengeluarkan surat kepada pengurusan kediaman supaya mengambil tindakan kepada pemilik petak agar mengembalikan semula pengubahsuaian itu kepada bentuk asal,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.



Kenyataan itu menjelaskan, penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan bangunan selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

“Di bawah seksyen 59 (1) Akta 757 telah menyatakan bahawa kewajipan pengurusan adalah menyenggara dan mengurus dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama, dan menjaganya dalam keadaan yang baik, ” kata kenyataan itu seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum ini tular gambar keadaan laluan pejalan kaki dipasang jeriji dengan sekurang-kurangnya satu pintu dipasang di setiap tingkat pada bangunan empat tingkat itu.

Situasi tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk yang meluahkan kemarahan dengan menconteng dinding berhampiran, meminta pelaku untuk mencabut struktur tambahan itu.



Malah perkongsian masalah itu di media sosial turut menarik perhatian netizen yang melabel pelaku bersikap pentingkan diri selain sindiran duduk di flat tetapi selera seperti tinggal di kondominium.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker