Disingkirkan dari di Suria FM, Tyzo dakwa tiada kuasa

KUALA LUMPUR: “Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya,” tulis bekas penyampai Suria FM, Tyzo melalui hantaran dalam Instagram (IG) selepas berkhidmat buat kali terakhir di stesen radio berkenaan, semalam.

Sebelum ini, Tyzo yang ini mengendalikan segmen Suria Petang bersama Sharifah Shahirah atau Shiera mengakui, dia masih miliki berkeinginan terus menyumbang suara di stesen radio Suria FM.

Melalui hantaran sama, Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain berharap tidak ada pihak yang memutar belitkan cerita.



“Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya. Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35).

“Selepas ini mohon tiada pihak ‘spin’ (pusing) cerita, olah ayat, tuduh ‘diva’ demi menutup aib. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya,” tulis Tyzo.

Hantaran video dimuat naik di IG kira-kira jam dua pagi itu sudah meraih hampir 180,000 tontonan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Tyzo bagaimanapun tidak memperincikan punca sebenarnya, malah hanya memaparkan trofi Penyampai Radio Popular ABPBH 35 sebelum berjalan meninggalkan konti radio Suria FM menerusi video berkenaan.



Sementara itu, Tyzo memohon maaf kepada semua pendengar segmen Suria Petang termasuk gandingannya, Shiera kerana tiada pilihan selain meninggalkan Suria FM.

“Jutaan maaf kepada seluruh pendengar Suria Petang. Buat kak Rara (Shiera), saya akan rindukan bekerja dengan akak. Saya tidak reda pemergian ini.

“Tapi apa daya saya, saya tiada kuasa, saya tiada pilihan. Saya harus pergi, maafkan saya. Selamat tinggal… Suria,” tulisnya.

Semalam, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir.



Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar tahun ini hingga seterusnya.

Suria FM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo atas kerjasama yang diberi sepanjang bersama stesen radio itu.

Tyzo pernah bersama Suria FM pada 2007, namun, meninggalkan stesen berkenaan selepas enam tahun berkhidmat.

Menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004, Tyzo juga menyumbangkan khidmat di Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker