Pindaan perlembagaan Umno halang belakangi keputusan parti
Pindaan perlembagaan Umno halang belakangi keputusan parti
Pindaan pada perlembagaan parti tahun lepas menghalang Ahli Parlimen Umno membelakangi keputusan parti, termasuk berkenaan menyokong mana-mana orang sebagai perdana menteri.
Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan keahlian Ahli Parlimen Umno yang menyertai suatu ‘pakatan’ yang tidak dianggotai parti akan tergugur secara automatik.
Dengan tergugurnya keahlian, maka Akta Anti Lompat Parti memperuntukkan kerusi yang berkenaan akan diisytiharkan kosong bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
“Ramai yang mungkin tidak menyedari termasuk penganalisis politik, ahli akademik dan pembangkang bahawa perlembagaan Umno telah pun dipinda pada 13 Januari 2023 dalam perhimpunan agung khas.
“Ini termasuklah menandatangani perjanjian untuk membentuk pakatan dengan parti lawan sekaligus bertentangan dengan pendirian parti,” katanya dalam kenyataan.
Asyraf berkata pindaan itu mengambil iktibar ketidakstabilan politik selepas PRU14.
Di samping peruntukan tersebut, Asyraf berkata setiap Ahli Parlimen Umno juga terikat dengan bon berjumlah RM100 juta, menerusi suatu perjanjian dan akujanji yang ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.
“Sebarang perlanggaran menyebabkan mereka wajib membayar RM100 juta kepada parti,” katanya.
Pemimpin PAS, Sanusi Nor, sebelum ini berkata tidak salah jika pembangkang mengambil kesempatan atas kelompongan dalam undang-undang antilompat parti untuk menarik Ahli Parlimen kerajaan menyokong Perikatan Nasional.
Bagaimanapun, Jumaat lepas, Presiden Umno, Zahid Hamidi, berkata sebarang keputusan untuk mengalih sokongan terhadap perdana menteri mesti dilakukan secara “en bloc”. FMT
Pindaan perlembagaan Umno halang belakangi keputusan parti
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang
You must be logged in to post a comment.