Hukum pegang kemaluan kawan-kawan

Hukum pegang kemaluan kawan-kawan

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI tampil menjelaskan apa hukum apabila terdapat lelaki suka bergurau pegang kemaluan

Menerusi video yang tular baru-baru ini, beliau menegaskan hukumnya menjadi haram sekiranya terdapat dalil dan nas yang menunjukkan perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan.



“Asal bagi semua perkara ialah boleh dahulu, tak bolehnya kemudian. Jadi dalam Islam, boleh makan angin, boleh bersukan, boleh berhibur, boleh menari, semuanya boleh, melainkan telah datang dalil yang menunjukkan tak boleh.

“Jadi maknanya benda yang boleh itu ada ‘perenggan’ di belakangnya. Makan boleh, minum boleh, berlebih-lebihan itu yang tak boleh,” jelasnya.

Hukum bergurau dibolehkan, namun menjadi haram sekiranya ia mengaibkan

Perkara ini termasuklah dengan perbuatan berseloroh dan bersenda gurau.



Jelas UAI lagi, memegang kemaluan orang lain meskipun dengan niat bergurau adalah sesuatu perkara yang mengaibkan maka hukumnya adalah haram.

UAI menjelaskan tentang perkara itu semasa dalam satu majlis ceramahnya selepas diajukan soalan mengenai hukum lelaki bergurau memegang kemaluan kawan.

Hukum ‘prank’ diharuskan sekiranya tidak mengundang aib seseorang

Tambahnya lagi, hukum melakukan prank adalah diharuskan namun sekiranya ia mengundang aib seseorang maka ianya adalah haram.



“Boleh prank, tapi bila yang tak boleh? Bila nampak aib orang, haram. Nampak aurat orang, haram, mengotorkan baju orang, haram,” katanya lagi.

Mesti ramai kan yang suka bergurau macam ni, haa lepas ni jangan buat dah tau.

Hukum pegang kemaluan kawan-kawan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker