Berpantang maut sebelum ajal
Berpantang maut sebelum ajal
Alor Gajah: Lima rakan terselamat apabila kereta dinaiki terbabas merempuh tiang elektrik dan besi penghadang jalan dipercayai mengelak babi melintas di satu selekoh di Jalan Melaka Pindah, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, semua mangsa cedera di beberapa anggota badan termasuk kepala dan muka apabila kereta berkenaan terbabas ke dalam longkang dan besi penghadang jalan tembus hingga ke cermin belakang Proton Preve terbabit.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, Balai Polis Trafik Alor Gajah menerima laporan kemalangan itu pada jam 1.55 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk siasatan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari A’famosa, Simpang Ampat menghala ke Krubong dan keadaan cuaca hujan dan jalan licin.
“Hasil temu bual pemandu, Muhammad Nur Hakim Mazlan dan semua penumpang di lokasi, mereka menyatakan apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu ternampak seekor binatang dipercayai babi melintas di hadapan.
“Pemandu membrek dan mengelak, namun disebabkan permukaan jalan basah dan licin, kereta terus terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang TNB (Tenaga Nasional Berhad) serta penghadang jalan lalu hingga terperosok ke dalam longkang.
“Akibat pelanggaran itu, Muhammad Nur Hakim yang juga juruteknik mengalami luka di tangan dan kaki kiri manakala penumpang lain, Amirul Syahmi Mansor (luka di kepala), Muhammad Zulheree Ismail (luka di kepala dan muka), Mohd Syarafuddin Suharman (luka di kepala) dan Khairul Izwan Khairul Azhar (luka di kepala dan muka),” katanya dihubungi di sini.
Arshad berkata, semua penumpang dan pemandu yang berusia 22 tahun dan berasal dari Johor itu dikeluarkan pihak bomba dan dibawa ke Hospital Alor Gajah menaiki ambulans untuk rawatan.
“Pemandu terbabit hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah pada jam 6.25 petang hari sama untuk membuat laporan.
“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya. HM
Berpantang maut sebelum ajal
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah
Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah
You must be logged in to post a comment.