Syamsul Yusof tarik balik saman JAWI, MAIWP

Syamsul Yusof tarik balik saman JAWI, MAIWP

Pengarah, Syamsul Yusof, hari ini menarik balik saman terhadap pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang didakwa menyebarkan fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibunya, Datin Patimah Ismail.

Perkara itu disahkan peguam bela Syamsul, Azahir Nasir, ketika dihubungi media selepas pengurusan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, secara dalam talian.



Dalam pernyataan tuntutan, Syamsul, 39, menfailkan saman terhadap pihak berkuasa agama itu kerana menyebarkan fakta aib dan memalukan kepada ibunya berhubung kenyataan isteri, Faghira Fatini atau lebih dikenali Ira Kazar yang dipanggil memberi keterangan kepada JAWI, Ogos tahun lalu.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif, mengambil tindakan undang-undang melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Penguatkuasaan JAWI, Mohd Haris Abdllah; Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dan MAIWP sebagai defendan pertama hingga ketiga.6

Plaintif menuntut ganti rugi teladan ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.

Syamsul juga memohon deklarasi gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul dan Ira, 28, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang diambil oleh defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.



Selain itu, pengarah berkenaan memohon deklarasi gambar pernyataan itu yang dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka.

Ia termasuk deklarasi penyebaran gambar pernyataan itu dibuat oleh defendan atau ejen.

Syamsul berkata pada 20 Disember 2022, ibunya menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp iaitu gambar pernyataan mengaibkan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.

Mengikut dokumen yang diperoleh, gambar pernyataan itu mengandungi fakta mengaibkan dan memalukannya disebar kepada ibunya. BH



Syamsul Yusof tarik balik saman JAWI, MAIWP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker