Deretan jenazah penuhi perkarangan hospital di Gaza
Deretan jenazah penuhi perkarangan hospital di Gaza
Kakitangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melawat hospital di Gaza, mendengar pelbagai cerita memilukan mengenai seluruh keluarga yang terbunuh dan melihat sendiri jenazah kanak-kanak terkorban.
Ketua Agensi Kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pasukannya mendengar pelbagai kisah mengerikan yang dikongsi oleh pekerja kesihatan dan mangsa.
“Seorang kanak-kanak kehilangan seluruh keluarga di kem pelarian. Seorang jururawat di hospital berdepan kehilangan yang sama,” katanya.
Kementerian Kesihatan di Gaza, memberitahu sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas tiga rumah di kem pelarian Al-Maghazi, Ahad lalu.
Deretan mayat mangsa ditutupi kain putih yang memenuhi perkarangan hospital Al-Aqsa di Deir al-Balah menyambut ketibaan kakitangan WHO, menjelang upacara pengebumian besar-besaran.
Tedros berkata, kakitangan hospital Al-Aqsa melaporkan menerima kira-kira 100 mangsa daripada hanya satu kes letupan.
“Hospital menerima lebih ramai pesakit daripada kapasiti katil dan kakitangan yang mampu mengendalikannya.
“Ramai yang tidak akan bertahan dan kadar kematian dijangka meningkat, dengan lebih ramai mangsa perang dibawa masuk saban hari,” katanya
WHO memberi amaran bahawa hanya sembilan daripada 36 hospital di Gaza masih berfungsi, itu pun jauh daripada keupayaan sebenarnya, dengan kekurangan atau tiada langsung bekalan perubatan serta kakitangan perubatan.
“Kita sebagai masyarakat antarabangsa tidak seharusnya menerima kenyataan bahawa ribuan orang dan kanak-kanak diletupkan, dibunuh ketika menyeberang jalan atau ketika serang tidur di atas katil mereka, di luar zon perang.
“Ini adalah hakikat yang tidak boleh diterima. Ia harus dihentikan,” katanya yang menuntut gencatan senjata. BH
Deretan jenazah penuhi perkarangan hospital di Gaza
Baca Artikel Menarik:
- ‘Terkucil’ di pentas AJL, Nabila Razali mahu elak ulangi
- ‘Terkejut Beruk’ penyebab warga emas meninggal dunia
- Berpakat menaikkan harga, MyCC denda RM415 juta kepada 5 syarikat pengeluar makanan ayam
- Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi
- SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Mini Dhaka di KL diserbu
- Nik Nazmi jawab tuduhan Chegu Bard
- Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi
- PAS jadikan Islam ‘alas kaki’
- Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
- Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO
- Selepas 2 hari bertarung nyawa, lelaki dilanggar ketika bantu mangsa nahas akhirnya meninggal dunia
- Sempat makan bersama sebelum tikam rakan wanita hingga mati
- Ibu mangsa buli di MCKK kesal sehingga kini tiada pembelaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton
Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan
You must be logged in to post a comment.