Penduduk Palestin beragama Kristian sambut Krismas dalam keadaan suram
DUNIA meraikan sambutan Krismas pada tarikh 25 Disember hari ini, tetapi tidak bagi penduduk Palestin di Bethlehem, Tebing Barat.
Meskipun lokasi berkenaan terkenal dengan tempat suci agama Kristian, gereja-gereja di sana memutuskan untuk mengekalkan ritual keagamaan dan membatalkan perayaan lain untuk musim Krismas.
Ia bagi menunjukkan rasa simpati kepada rakyat Palestin yang menderita akibat serangan dan tindakan pencerobohan serta pengepungan Israel.
Menteri Pelancongan Palestin, Rula Ma’ayah berkata, kebiasaannya sebelum ini terdapat pameran lampu dan pokok yang meriah di Dataran Manger, menghiasi malam penganut Kristian, dari luar Church of the Nativity.
Sebaliknya tahun ini, penganut Kristian Palestin dalam keadaan suram, memperdengarkan nyanyian sambil diterangi lilin dan berdoa untuk keamanan di Gaza, tidak seperti perayaan biasa.
Mereka memutuskan untuk tidak mendirikan pokok Krismas yang besar, di tengah bandar Bethlehem, kerana lokasi pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis hanya 50 kilometer jauhnya dari situ.
Gereja Bethlehem tahun ini turut meletakkan patung-patung di tengah-tengah runtuhan dan kawat berduri sebagai tanda solidariti dengan penduduk Gaza.
Sementara itu, Datuk Bandar Bethlehem Hanna Hanania turut berkongsi, menyatakan bahawa Krismas kali ini ben
Beliau berkata, sebelum ini, Bethlehem setiap tahun menarik kira-kira 1.5 juta pelancong dari seluruh dunia.
Sebaliknya, pada Krismas kali ini, sektor pelancongan tidak dibuka sepenuhnya sejak permulaan konflik di Gaza pada 7 Oktober lalu.
Menurut Rula Ma’ayah, sektor pelancongan Palestin dijangka kerugian AS$200 juta menjelang akhir 2023, kesan serangan Israel ke atas Gaza.
Katanya, sektor pelancongan Palestin menghadapi keadaan yang teruk semasa musim Krismas tahun ini, terutamanya di Gaza dan Tebing Barat, sambil menambah, Bethlehem kelihatan sangat sepi pada musim sejuk ini.
Penganut Kristian membentuk kira-kira 2% daripada penduduk di seluruh Israel dan wilayah Palestin yang diduduki. – Awani/Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Terkucil’ di pentas AJL, Nabila Razali mahu elak ulangi
- ‘Terkejut Beruk’ penyebab warga emas meninggal dunia
- Berpakat menaikkan harga, MyCC denda RM415 juta kepada 5 syarikat pengeluar makanan ayam
- Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi
- SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Mini Dhaka di KL diserbu
- Nik Nazmi jawab tuduhan Chegu Bard
- Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi
- PAS jadikan Islam ‘alas kaki’
- Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
- Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO
- Selepas 2 hari bertarung nyawa, lelaki dilanggar ketika bantu mangsa nahas akhirnya meninggal dunia
- Sempat makan bersama sebelum tikam rakan wanita hingga mati
- Ibu mangsa buli di MCKK kesal sehingga kini tiada pembelaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton
Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan
You must be logged in to post a comment.