Akar umbi mahu Menteri Kesihatan jadi Timbalan Presiden Amanah

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad dikatakan ‘calon ideal’ untuk mengisi kerusi timbalan presiden parti itu pada pemilihan hujung minggu ini, terutama dalam mengelakkan perpecahan dalamanan.

Seorang pemimpin parti enggan identiti didedahkan berkata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu pernah menolak cadangan itu namun keadaan kini berubah susulan pelantikannya sebagai menteri kesihatan dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

Dakwanya, Amanah kini berpecah dua kem membabitkan penyokong presiden Mohamad Sabu dan kumpulan naib presiden Mujahid Yusof.

“Dzulkefly tidak memihak kepada mana-mana kem. Beliau juga disenangi ramai dalam parti dan baru dilantik menteri kesihatan…jadi sesuai dipilih timbalan presiden,” kata sumber kepada FMT.

Konvensyen Nasional Amanah berlangsung esok hingga Ahad turut membabitkan pemilihan pimpinan untuk sesi 2023-2026.

Pemilihan Amanah berbeza dengan kebanyakan parti lain yang mengamalkan pemilihan jawatan utama melalui undian langsung, sebaliknya perwakilan memilih 27 ahli jawatankuasa yang kemudiannya berbincang untuk melantik presiden serta barisan pimpinan.

Seorang lagi sumber memberi amaran konflik dalam Amanah dijangka berlaku jika Mujahid atau seorang lagi naib presiden Adly Zahari yang berada dalam kem Mohamad dipilih timbalan presiden.

Dakwanya, sekiranya Mujahid dipilih dengan Mohamad sebagai presiden, ada kemungkinan kedua-duanya tidak senada dalam menentukan hala tuju parti.

Sebelum ini, FMT melaporkan pemilihan Amanah dijangka sengit membabitkan pemimpin mempunyai kaitan dengan NGO Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan mereka yang sebaliknya.

Pertembungan paling panas membabitkan pemilihan kerusi timbalan presiden yang kosong susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada Julai.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin

Mini Dhaka di KL diserbu

Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh

CEO Starbucks merungut apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker