Zara tarik balik iklan setelah teruk dikecam (Video)

Zara tarik balik iklan setelah teruk dikecam

Syarikat jenama fesyen, Zara menarik balik imej iklan koleksi produk terbaharu yang mengundang kemarahan orang ramai kerana didakwa mempersendakan perang di Semenanjung Gaza.

Gambar kempen itu mencetuskan kontroversi dalam kalangan kumpulan pro-Palestin yang menggelarnya sebagai perkara menjijikkan ‘pernah dilihat’.



Kumpulan penunjuk perasaan mengadakan protes berhampiran gedung fesyen itu di seluruh dunia.

Kempen iklan berkneaan memaparkan beberapa model bergambar bersama ‘arca belum siap dibina’ di sebuah studio dengan Zara mendakwa ia ‘direka dengan tujuan untuk mempamerkan pakaian buatan kraf dalam konteks artistik’.

Netizen bagaimanapun menganggap gambar koleksi produk diberi nama ‘The Jacket’ yang dikongsikan syarikat itu menggambarkan perang Israel di Semenanjung Gaza yang berterusan dikepung dan digempur tentera Israel.



Sebagai tindak balas kepada kemarahan netizen, Zara menarik keluar iklannya dan membuat permohonan maaf.

“Malangnya, sesetengah pelanggan berasa tersinggung dengan imej ini, yang kini dialih keluar dan melihatnya dalam sesuatu yang jauh dari apa yang dimaksudkan ketika ia dicipta. Zara kesal dengan salah faham yang berlaku dan kami menegaskan rasa hormat kepada semua orang,” kata kenyataan itu.

[videopress hIPWYXaU]

Zara tarik balik iklan setelah teruk dikecam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker