9 geng kongsi gelap dipantau

9 geng kongsi gelap dipantau

Johor Bahru: Sembilan kumpulan kongsi gelap kini dalam pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor kerana dipercayai terbabit dalam beberapa insiden pergaduhan di sekitar bandar raya ini.

Antaranya Geng Ang Soon Tong, Geng Gee Ang Eng, Geng Hong Hong San, Geng Ngo Sek Kee, Geng Jin Jee Tong, Geng 04, Geng 21 dan Geng 36.



Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ada dalam kalangan ahli kongsi gelap terbabit sudah diberkas pada Op Cantas kerana terbabit dalam pergaduhan.

Op Cantas dijalankan bagi membanteras kegiatan gangsterisme.

“Polis tidak menolak peningkatan kes pergaduhan antara kumpulan di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini.

“Insiden pergaduhan direkod sejak awal tahun sehingga pertengahan November adalah 104 kes berbanding 75 kes bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya kepada Harian Metro.



Menurut Kamarul Zaman, banyak punca boleh dikaitkan dengan pergaduhan terbabit.

“Antaranya masalah keluarga, pergaduhan semasa nahas jalan raya, selisih faham isu kewangan, berebut teman wanita dan banyak lagi,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, daripada 104 kes pergaduhan sepanjang tempoh Januari hingga November lalu, 10 kes membabitkan kongsi gelap.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan ahli kongsi gelap berpunca daripada perebutan ahli selain selisih faham ketika mabuk,” katanya.



Namun Kamarul Zaman memaklumkan, masyarakat tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa berusaha keras membanteras unsur gangsterisme ini.

Pada masa sama, menurut Kamarul Zaman, sejak Op Cantas dijalankan, 501 individu berusia 15 hingga 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan.

“Daripada jumlah itu, 183 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan merusuh dan mendatangkan kecederaan.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kegiatan kongsi gelap di lokasi mereka untuk tindakan,” katanya.



Pada 3 Julai lalu, menerusi Op Cantas, PDRM Kontinjen Johor menahan 199 ahli kongsi gelap yang diambil tindakan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Ia membabitkan ahli Geng 21, Geng 04, Geng 36, Geng 24, Geng Jit It Hai, Geng Hong Hong San dan Geng Hup Hoe Tong yang aktif dalam jenayah pemerasan, ugutan jenayah, samun berkumpulan, mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata serta merusuh. HM

9 geng kongsi gelap dipantau

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker