Samsuri sebagai PM sekadar gimik PRK
Samsuri sebagai PM sekadar gimik PRK
Menamakan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri boleh dianggap sebagai usaha parti itu memikat pengundi bukan Islam menjelang pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik.
Felo kanan Majlis Profesor Malaysia, Jeniri Amir, berkata PAS memerlukan seseorang seperti menteri besar Terengganu itu untuk menangani isu imej parti, yang lazimya dilabel sebagai melampau.
“Saya fikir ini sebab perwatakannya. Watak dan personaliti yang dilihat sederhana, profesional, berwibawa. Punya pengaruh menarik bukan Melayu dan bukan Islam.
“Masa kini cabaran buat PAS adalah bagaimana menarik pengundi bukan Melayu.
“Saya fikir mereka akan menjadikan beliau sebagai tokoh (sebagai calon perdana menteri menjelang pilihan raya umum akan datang),” katanya kepada Malaysiakini.
Semasa pilihan raya kecil Kemaman di Terengganu baru-baru ini, terdapat spekulasi bahawa PN sedang mempersiapkan Samsuri untuk menjadi calon perdana menteri. Samsuri kemudiannya berjaya mempertahankan Kemaman buat PN.
Jeniri berkata tindakan menamakan Samsuri itu juga boleh bermakna PAS mahu memaparkan dominan parti itu dalam PN, memandangkan mereka memiliki lebih banyak kerusi parlimen berbanding Bersatu.
“Dalam Bersatu pun mereka tak ada calon lebih muda (untuk menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri).
“Yang ditampilkan ialah Hamzah Zainudin. Kalau banding dengan antara mereka berdua, Samsuri dilihat lebih bersih, berwibawa dan profesional, ” katanya.
Bagaimanapun, seorang lagi penganalisis, Mohd Azizuddin Mohd Sani tidak berkongsi pandangan Jeniri.
Profesor Universiti Utara Malaysia itu percaya PN hanya membuat cadangan berkenaan sebagai helah untuk meraih sokongan pengundi Kemaman.
“Dia gimik untuk PRK je sebenarnya. Pertamanya, dia (Samsuri) kena lepas beberapa orang kalau nak naik jadi calon PM.
“Kalau PAS pula, Samsuri ni dia orang profesional bukan ulama. PAS ni dia nak siapa jadi presiden mestilah aliran agama dan ulama. tTimbalan presiden tak apa.
“Dalam konteks tu, Samsuri tak akan sampai bila-bila jadi presiden PAS dan PM jauh lagi la,” katanya kepada Malaysiakini.
Azizuddin berpandangan Bersatu juga tidak akan mudah menyerahkan kerusi perdana menteri kepada PAS jika PN berkuasa.
Sementara itu, penganalisis Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Azmi Hassan berkata idea Samsuri sebagai perdana menteri hanya dilontarkan semasa berdepan alon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, yang merupakan pesara jeneral angkatan tentera.
“Hakikatnya saya lihat promosi Samsuri sebagai PM hanyalah bayangan, kerana meletakkan (dia) di Kemaman bukan untuk jadi ahli parlimen atau bakal jadi PM.
“Itu adalah untuk menentang aura Raja Affendi, calon BN.
“Tapi hakikatnya memang tak perlukan Samsuri pun kerana sokongan PAS adalah begitu padu sekali,” katanya. Mk
Samsuri sebagai PM sekadar gimik PRK
Baca Artikel Menarik:
- Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
- Letusan Marapi: 11 pendaki maut
- Bakal calon Perdana Menteri dari PN bertambah
- Penyamun kata ‘hai’ sebelum samun kedai emas
- Syaiful, Sharif juara FD3
- Adira terpaksa failkan penceraian kali kedua, Datuk Red sengaja lambatkan kes
- Haprak punya zionis, karpet Palestin pun nak ‘rembat’ [VIDEO]
- Rahsia 30 tahun terbongkar, bapa enggan jadi wali anak perempuan kerana tidak pernah berkahwin dengan ibunya
- Diserang netizen Indonesia, penyampai televisyen Israel mohon maaf
- Wanita cuba buka pintu MRT bergerak
- Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?
- Bersaralah Hadi beri laluan pada Dr. Sam untuk terajui PAS
- Pemimpin Bersatu masih ‘menagih kasih’ UMNO untuk ke Putrajaya
- Polis prihatin ‘bantu’ ibu warga emas cari kotak tengah malam menyentuh perasaan [VIDEO]
- Hubungan Abang Viva, isteri pula didakwa retak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET