China beri amaran kepada AS ceroboh Laut China Selatan

China beri amaran kepada AS ceroboh Laut China Selatan

BEIJING: Tentera China semalam memaklumkan kapal tempur milik Amerika Syarikat (AS) masuk secara haram ke kawasan perairan bersebelahan dengan Second Thomas Shoal yang termasuk dalam wilayah pertikaian di Laut China Selatan.

“AS secara serius menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau.



“AS sengaja mahu mengganggu Laut China Selatan dan mencabuli kedaulatan negara China secara serius,” kata jurucakap Teater Operasi Selatan China dalam kenyataan.

Hubungan China dengan beberapa negara Asia Pasifik ketika ini tidak ‘berapa baik’ ekoran pertikaian di Laut China Selatan.

Sejak beberapa bulan lalu, Beijing melakukan konfrontasi dengan kapal Filipina, selain membantah rondaan yang dilakukan kapal AS di kawasan pertikaian.

Dalam pada itu, tentera China akan mengikut dan memantau kapal tempur berkenaan.



Kelmarin, Pengawal Pantai Filipina menempatkan dua kapalnya di Laut China Selatan selepas mengesan terdapat banyak kapal maritim China di kawasan terumbu yang merupakan zon ekonomi eksklusif Filipina.

Filipina mendakwa lebih 135 kapal China ‘mengerumuni’ terumbu di luar pantai negara ini, sekali gus menyifatkan kehadiran kapal yang kian meningkat itu sebagai membimbangkan.

Menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG), kapal China terbabit ‘berselerakan’ di sekitar Terumbu Whitsun di Laut China Selatan.

Manila menggelarnya sebagai Terumbu Julian Felipe yang terletak kira-kira 320 kilometer barat Pulau Palawan.



Filipina mendakwa berdasarkan hitungan pihaknya, terdapat 111 kapal maritim China berada di perairan terbabit pada 13 November lalu.

Namun apabila PCG mengerahkan dua bot peronda ke lokasi itu, semalam, bilangan kapal berkenaan dianggarkan telah meningkat kepada lebih 135, dakwa pasukan terbabit. Utusan

China beri amaran kepada AS ceroboh Laut China Selatan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)



Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker