Thinaah, Pearley bergaduh?

Thinaah, Pearley bergaduh?

Adakah berlaku salah faham antara Pearly Tan dan M Thinaah di atas gelanggang sehingga mencetuskan andaian mereka bergaduh dan menyebabkan tewas seawal pusingan pertama Masters China, hari ini?

Itu persoalan yang timbul di media sosial selepas tular video yang menyaksikan kedua-dua pemain itu saling tidak melihat wajah masing-masing serta tiada komunikasi antara mereka ketika bertemu lawan dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong.



Reaksi dingin kedua-dua pemain itu jelas dapat dilihat terutama di saat genting penghujung set ketiga iaitu ketika kedudukan terikat 19-19.

Malah semasa mereka berehat seketika di tepi gelanggang ketika kedudukan 20-20, tiada langsung interaksi antara kedua-duanya sehinggalah akhirnya mereka tewas perlawanan itu.

Rata-rata peminat beregu wanita negara itu berasa pelik kerana reaksi mereka tidak seperti kebiasaan yang dilihat cukup mesra, bersemangat dan saling memberi tepukan ‘high five’ serta berinteraksi antara satu sama lain.

Malah, Pearly dan Thinaah turut mempunyai hubungan rapat di luar gelanggang dan saling meninggalkan komen apabila salah seorang daripada mereka mengemaskini akaun media sosial.



Terdahulu menerusi temuramah dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan, Thinaah mengakui dia serta Pearly mengalami prestasi tidak menentu pada tahun ini.

“Tahun ini ada turun dan naik, tetapi lebih banyak turun. Ia sesuatu yang kami perlu atasi dan perbaiki bagi menjadi lebih baik pada tahun depan,” katanya.

Mengulas situasi di hujung set ketiga itu pula, Thinaah berkata: “Pada situasi mata penting itu, mereka (beregu Korea) lebih berani dan pukulan mereka lebih konsisten berbanding kami.”

Tahun ini menyaksikan Pearly-Thinaah muncul naib juara dua kali iaitu ketika Masters Malaysia dan Terbuka Hong Kong selain gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Perancis yang dimenangi mereka tahun lalu selepas terpaksa menarik diri susulan kecederaan belakang dialami Pearly. HM



Thinaah, Pearley bergaduh?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker