Hamas musnahkan 60 jentera perang Israel dalam tempoh 72 jam
Hamas musnahkan 60 jentera perang Israel dalam tempoh 72 jam
Kumpulan pejuang Hamas mendakwa pasukannya berjaya memusnahkan kira-kira 60 jentera perang tentera Israel di Gaza.
Malah, jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida berkata, kesemua jentera perang itu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam lalu.
Dalam satu mesej dirakam, Abu memaklumkan antara jentera perang Israel yang menjadi sasaran serangan sejak tiga hari lalu termasuk 10 kenderaan pengangkut tentera.
Abu juga menyatakan pertempuran sengit sedang berlaku, dengan tentera Israel berada di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung Gaza.
“Kami mengesyaki tentera Israel mengebom tenteranya di darat dengan mempercayai sejumlah askarnya ditangkap dalam operasi kami lakukan ke atas kenderaan pengangkut tentera di Gaza City,” katanya.
Berdasarkan laporan media Israel, sekurang-kurangnya 66 anggota tentera terbunuh sejak bermulanya operasi darat rejim zionis itu di Gaza pada 27 Oktober lalu.
Tentera Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza termasuk hospital, kediaman dan rumah ibadat sejak serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu.
Sekurang-kurangnya 13,300 rakyat Palestin terbunuh termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,550 wanita. Utusan
Hamas musnahkan 60 jentera perang Israel dalam tempoh 72 jam
Baca Artikel Menarik:
- Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti
- Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan
- Harga Proton S70 lebih murah dari City dan Vios
- Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia
- Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah
- 6 saintis UniMAP antara terbaik dunia
- Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
- Jantung Ebby Yus semakin lemah
- Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super
- Hannah, tolonglah masuk campur
- Coldplay menyokong perjuangan Palestin
- Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja
- MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN
- Ramalan ‘nujum’ kata Madani cuma bertahan 3,4 bulan tak menjadi
- Kecam, boikot tapi jangan hina – Fazura
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel
Nak maki sampai bila – Ali Puteh