Pendirian Malaysia sokong Palestin tak jejas ekonomi, pelaburan – Anwar

Pendirian Malaysia sokong Palestin tak jejas ekonomi, pelaburan – Anwar

Pendirian tegas Malaysia mengutuk serangan rejim Zionis Israel terhadap Gaza di Palestin tidak menjejaskan ekonomi dan pelaburan syarikat asing khususnya dari Amerika Syarikat, kata Anwar Ibrahim.

Perdana menteri berkata pelabur utama Amerika Syarikat termasuk Google Inc dan Microsoft Inc masih memberi keutamaan kepada kestabilan politik, dan dasar ekonomi kerajaan yang jelas, di sebalik tekanan berterusan Malaysia dan negara Islam lain terhadap Israel.

“Ada yang melahirkan kebimbangan bahawa sikap tegas kita berdepan dengan AS dan negara Eropah itu akan menjejaskan kedudukan ekonomi kita.

“Soal hubungan perdagangan setakat ini tak menjejaskan sama sekali. Mereka tahu pendirian kita dan mereka ikuti kenyataan kita,” katanya di Dewan Rakyat.

Anwar yang juga menteri kewangan menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai hasil mesyuarat dan jumlah pelaburan ke dalam negara sepanjang lawatan ke Persidangan Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Beliau berkata setiap ruang dan peluang di persidangan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh wakil kerajaan termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz untuk menjelaskan komitmen Malaysia semasa pertemuan dengan pelabur asing, yang membawa hasil pelaburan langsung asing berjumlah RM63.02 bilion.

“Kita menemui beberapa pelabur utama AS, nampaknya keutamaan masih diberikan berdasarkan politik yang stabil, dasar ekonomi yang jelas dan kaedah mempercepatkan proses kelulusan yang sekarang dikendalikan oleh Mida.”

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan kelantangan mengkritik kekejaman Zionis untuk membela penduduk Palestin bukan bermakna beliau tidak prihatin mengenai kebajikan kaum minoriti di dalam negara.

“Tiada minoriti kita yang dibunuh beramai-ramai, tidak ada kemusnahan gereja atau kuil-kuil.

“Jadi sementara dia kurang setuju dengan langkah kita menyokong Palestin, saya tidak fikir wajar, munasabah dan waras untuk dia bangkitkan soal kebencian ini,” katanya. FMT

Pendirian Malaysia sokong Palestin tak jejas ekonomi, pelaburan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker