Emel ancaman bom ke 16 sekolah antarabangsa dihantar oleh ‘TAKTSTORER’

PETALING JAYA: Sejumlah 16 buah sekolah antarabangsa di lima negeri menerima ancaman bom petang tadi.

Semua ancaman berkenaan diterima menerusi kiriman e-mel dan penghantar e-mel dipercayai menggunakan aplikasi penterjemahan untuk menulis kandungan e-mel itu dalam Bahasa Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Buletin TV3 mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung ancaman tersebut.

Jelas beliau, siasatan turut menjurus sama ada insiden yang berlaku di Malaysia, ada kaitan dengan kejadian di Jamaica baru-baru ini.

Ini kerana siasatan awal menunjukkan kandungan e-mel sama dalam Bahasa Inggeris turut dihantar ke lebih 70 buah institusi di Jamaica, 12 November lalu.

Penghantar e-mel kemudian turut membuat panggilan ke beberapa sekolah.

Memetik laporan, kejadian di Jamaica dipercayai didalangi seorang individu bermasalah yang mungkin pernah mengalami penderaan ketika zaman kanak-kanaknya dan kurang perhatian namun mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer untuk melindungi identitinya.

Tambah beliau lagi, siasatan juga mendapati pengirim emel menggunakan nama ‘TAKTSTORER’ daripada bahasa Jerman yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’.

Dua alamat e-mel berbeza diguna untuk menghantar emel ancaman tersebut.

Semakan mendapati kedua-dua alamat e-mel itu baru dicipta dan tidak pernah digunakan di mana-mana perkhidmatan di internet.

Mengulas lanjut, Tan Sri Razarudin berkata setakat ini tujuh panggilan ancaman bom diterima di Selangor iaitu masing-masing dua di Petaling Jaya dan Shah Alam serta masing-masing satu di Kajang, Kuala Langat dan Subang Jaya.

Di Kuala Lumpur pula, panggilan diterima di dua sekolah antarabangsa di Wangsa Maju dan satu di Dang Wangi.

Tiga panggilan lagi diterima di Johor, dua di Pulau Pinang dan satu di Perak.

PDRM katanya memberi jaminan bahawa keselamatan murid-murid serta guru-guru akan diberi keutamaan.

Siasatan menyeluruh berhubung insiden itu kini giat dijalankan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker