Dapat 10,000 ‘like’, US Pizza tukar nama ‘KITA Pizza’
US Pizza Malaysia mengumumkan bakal menukar nama kepada ‘KITA Pizza’ jika hantaran di laman sosial, Facebook mendapat 10,000 tanda suka.
Tindakan tersebut dibuat berikutan trend boikot yang dilakukan oleh rakyat Malaysia ke atas produk-produk yang menyokong rejim Zionis Israel.
“Korang (kalian) nak kita tukar nama?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu yang turut menyertakan bendera Amerika Syarikat (AS), Malaysia dan Palestin.
Dalam pada itu, US Pizza akan mendermakan RM1 bagi setiap resit termasuk pembelian ‘sweet and sour’ dan ia disalurkan kepada pertubuhan badan amal bantuan kemanusiaan Palestin.
Sebelum ini, jenama piza tempatan itu telah menjadi perhatian masyarakat untuk turut sama memboikot kerana disangka ia berasal dari AS kerana menggunakan perkataan US (United State).
Disebabkan isu berkenaan tular, Ketua Pegawai Eksekutif Wealth Link Freedom Sdn Bhd, Dr Mohd Sobree Ali menegaskan cawangan US Pizza di Taman Prima Saujana, Kajang, merupakan jenama tempatan dan milik orang Islam.
“Perkataan ‘US’ dalam US Pizza membawa maksud ‘kita’ dalam bahasa Melayu dan ia benar-benar sebuah syarikat tempatan yang diperbadankan.
“Bagi kedai US Pizza di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor, ia merupakan entiti perniagaan Muslim. Syarikat ini milik saya dan keluarga.
“Kami ingin mengalu-alukan kedatangan anda semua ke restoran kami dan menikmati makanan kami yang ditawarkan,” katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti
- Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan
- Harga Proton S70 lebih murah dari City dan Vios
- Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia
- Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah
- 6 saintis UniMAP antara terbaik dunia
- Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
- Jantung Ebby Yus semakin lemah
- Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super
- Hannah, tolonglah masuk campur
- Coldplay menyokong perjuangan Palestin
- Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja
- MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN
- Ramalan ‘nujum’ kata Madani cuma bertahan 3,4 bulan tak menjadi
- Kecam, boikot tapi jangan hina – Fazura
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel
Nak maki sampai bila – Ali Puteh
You must be logged in to post a comment.