BN-PH Pahang meterai perjanjian persefahaman perkukuh kerjasama
Kerajaan Pahang menjadi negeri pertama memeterai perjanjian persefahaman politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi memantapkan pentadbiran kerajaan perpaduan di negeri ini.
Perjanjian itu dimeterai antara Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pengerusi BN negeri dengan Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amiruddin Saari yang juga Menteri Besar Selangor.
Wan Rosdy berkata, perjanjian itu tanda keikhlasan kedua-dua pihak bagi membina kerajaan yang stabil dan kuat demi rakyat dan negeri.
Menurutnya, perjanjian ini menjadi indikator kepimpinan pentadbiran kerajaan perpaduan di negeri ini dan juga sebagai rujukan bertulis pada masa akan datang.
“Sebelum ini pembentukan kerajaan perpaduan di Pahang hanya persetujuan lisan dan keikhlasan pemimpin kedua-dua pihak bagi keluar dari kemelut politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Selepas lebih setahun pembentukan kerajaan perpaduan di Pahang terbukti urusan pentadbiran dan politik semakin stabil membolehkan perancangan pembangunan untuk rakyat semakin lancar,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang di antara BN dan PH Pahang di Geo Resort dan Hotel Genting Highland di sini hari ini.
Sementara itu, Amirudin berkata, perjanjian dan persefahaman ini merupakan hasil perbincangan kedua-dua pasukan peguam dan perbincangan kedua-dua parti.
“Sedikit sebanyak kita ikut bagaimana kerajaan perpaduan di Putrajaya dan kita cuba seimbangkan dengan situasi di Pahang. Secara asasnya, kita rujuk bagaimana kerjasama di pusat yang menghasilkan sebuah kerajaan yang stabil dan mahukan kestabilan itu dapat diwujudkan di Pahang.
“Ini bukan untuk tentukan siapa Menteri Besar, Exco, bentuk kerajaan dan sebagainya sahaja, tetapi bagaimana hala tujunya, bentuk dan apa yang boleh memutuskannya,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us
You must be logged in to post a comment.