Mufti WP gesa konsert Coldplay dibatalkan

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada Rabu ini.

Katanya acara itu bukan sahaja melalaikan bahkan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat negara ini.

Menurutnya, band asal United Kingdom yang menyokong kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) itu jelas bertentangan dengan nilai murni serta budaya Malaysia.



“Penganjuran program yang melalaikan ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini, lebih-lebih lagi pemuziknya dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan LGBT.

“Kami menyarankan penganjur agar tidak meneruskan program ini dan menasihatkan masyarakat tidak memberi sokongan yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni serta budaya masyarakat negara ini,” tulis kenyataan media Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Kenyataan yang dikongsi dalam laman Facebook rasmi agensi berkenaan turut disertakan garis panduan hiburan yang telah dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam perkongsian tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menunjukkan respons serta pendirian pihak terbabit yang mengambil berat penganjuran konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November ini.



Menurut kenyataan itu lagi, umat Islam diminta mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh agensi bertauliah.

“Bagi masyarakat Islam, perlu difahami hiburan dalam Islam ada batasan yang perlu dipatuhi dan mana-mana jenis hiburan yang terkeluar daripada batasan ini adalah bertentangan dengan hukum syarak,” katanya.

Sementara itu, meninjau ruangan komen, pengguna media sosial menyokong tindakan berani Dr. Luqman menyuarakan pandangan ketika dunia berdepan konflik berdarah di Palestin.

Namun ada juga pemerhati yang menaruh harapan supaya pendapat sama turut dizahirkan kepada penganjuran konsert membabitkan penyanyi lain dalam tempoh terdekat.



Dijangkakan, seramai 85,000 penonton bakal memenuhi stadium bagi menyaksikan persembahan band tersohor yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.

Demam konsert Coldplay berterusan sejak Mei lalu sebaik diumumkan penganjur sehingga mencetuskan pelbagai polemik, malah beberapa agamawan lain juga meminta acara itu dibatalkan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker