Bekas Bintang Polis Drama Gerak Khas cedera dalam kemalangan 3 kereta
BATU GAJAH – Bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif terlibat kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang di sini semalam.
Dalam kejadian itu, Shaharon Anuar, 61, yang juga pesara polis dan isterinya, Datin Norasmariah Basri, 46, mengalami sakit di bahagian dada.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan itu pada pukul 3.15 petang.
Kemalangan berlaku ketika kereta jenis Perodua Kancil dan Perodua Kelisa dipandu masing-masing lelaki berusia 29 dan 38 tahun dalam perjalanan dari arah Tanjung Tualang ke Batu Gajah.
“Kereta jenis Proton Perdana dipandu Shaharon yang juga bekas Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur itu pula datang dari arah bertentangan.
“Setibanya di simpang tiga, pemandu Perodua Kelisa memperlahankan kereta untuk membelok ke kanan, sebelum dilanggar Perodua Kancil dari belakang.
“Pelanggaran itu menyebabkan Perodua Kelisa yang dinaiki empat beranak tersebut masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Perdana,” katanya di sini hari ini.
Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Kelisa sakit di bahagian dada, manakala isterinya yang berusia 34 tahun luka di bahagian pinggang.
Dua anak pasangan itu masing-masing berusia lapan dan setahun pula luka di kepala. Pemandu Perodua Kancil turut sakit di bahagian dada. Mereka dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan manakala Shaharon Anuar dan isteri pula dirujuk ke Perak Comunity Specialist Hospital. – KOSMO! ONLINE
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us
You must be logged in to post a comment.