Gerakan berjanji lagi, yakin kali ini mampu tarik pengundi Cina

Presiden Gerakan Dominic Lau berkata beliau yakin parti itu mampu menarik pengundi Cina memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK Kemaman 2 Dis ini.

Lau berkata, kaum Cina mewakili 3% daripada jumlah keseluruhan pengundi di Kemaman akan menyokong PN jika salah faham orang bukan Islam terhadap PAS dapat dijelaskan.

“Kita akan pastikan pengundi bukan Islam akan memberi undi kepada calon PAS yang mewakili PN. Kita tahu lawan (Barisan Nasional) akan guna taktik kotor akan hasut orang Cina seolah PN halang hak mereka kononnya nak pakai seluar pendek tak boleh, minum arak tak boleh jika PN menang.



“…kalau tengok di Terengganu, PAS memerintah, orang bukan Islam boleh minum (arak) tak ada masalah. Jadi persepsi salah faham kepada PAS kita akan beri penjelasan kepada pengundi bukan Islam,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Perayaan Deepavali anjuran Gerakan.

Beliau berkata, Gerakan juga akan menjadikan kegagalan kerajaan bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim termasuk dalam membela hak orang bukan Islam sebagai bahan kempen di Kemaman.

“Anwar dia boleh jadi perdana menteri sebab 95% orang Cina sokong PH, tapi sekarang memang kaum Cina tak puas hati dan kecewa dengan prestasi beliau. Anwar gagal tangani isu sekolah Cina, guru tak cukup, peruntukan sekolah Cina tak sistematik, tol tak hapus, harga barang naik,” katanya.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Samsuri yang juga menteri besar Terengganu dengan bekas panglima tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mewakili BN.



Dalam perkembangan lain, Lau berkata bagi berdepan PRU16, Gerakan tidak akan menyasarkan jumlah kerusi yang banyak untuk ditandingi sebaliknya memberi fokus kepada kawasan boleh menang.

“Kita tak mahu tanding banyak kawasan tapi kita kalah semua, kita fokus kawasan kita boleh menang, fokus dari segi organisasi jentera, ahli baharu dan sebagainya,” katanya.

Ditanya sama ada Gerakan sedia menerima parti berasaskan bangsa termasuk MCA dan MIC untuk menyertai PN, Lau berkata parti itu terbuka asalkan mereka boleh menerima ideologi gabungan itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker