Tiket penerbangan mahal ketika perayaan, kerajaan cadang beri insentif

Tiket penerbangan mahal ketika perayaan, kerajaan cadang beri insentif

Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan insentif bagi mengatasi isu harga tiket penerbangan yang tinggi ketika musim perayaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata kerajaan memahami keluhan rakyat dalam isu itu setiap kali musim perayaan terutamanya bagi mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

“Kita faham buat masa ini harga tiket penerbangan tinggi dan antara faktor peningkatan ini adalah forex (kejatuhan nilai ringgit) yang memberi kesan kepada harga minyak kapal terbang dan sebagainya.

“(Antara solusi boleh dilaksanakan) Kita akan memberikan insentif yang dapat disediakan semasa musim perayaan untuk menangani isu ini,” katanya selepas merasmikan majlis Pengoperasian Radar Trafik Udara.

Hasbi berkata inisiatif FLYsiswa juga akan diteruskan pada tahun depan untuk membantu pelajar pulang ke kampung halaman mereka.

Dalam Belanjawan 2024 bertemakan “Reformasi Ekonomi, Perkasa Rakyat” yang dibentang Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa diteruskan pada tahun hadapan yang akan dinikmati hampir 60,000 penuntut daripada keluarga kurang berkemampuan khususnya dari Sabah, Sarawak dan Labuan. FMT

Tiket penerbangan mahal ketika perayaan, kerajaan cadang beri insentif

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker