Pelarian Rohingya gagal mendarat, dihalau semula untuk kembali ke lautan
Kira-kira 250 pelarian Rohingya yang berada dalam bot kayu yang sesak di barat Indonesia tidak dibenarkan mendarat , kata penduduk hari ini.
Kumpulan dari minoriti Myanmar yang teraniaya itu tiba di luar pantai wilayah Aceh semalam tetapi penduduk tempatan tidak membenarkan mereka mendaratkan bot.
Beberapa pelarian kemudian berenang ke darat dan rebah kerana keletihan ketika tiba di pantai.
Mereka kemudian didakwa dikembalikan ke bot uzur itu, yang sudah menempuh perjalanan puluhan kilometer ke pantai Aceh Utara, tempat pelarian mendarat di pantai.
Penduduk tempatan sekali lagi menghantar mereka kembali ke bot untuk kembali ke laut lewat, semalam.
Penduduk berkata, hari ini kapal yang didakwa belayar dari Bangladesh kira-kira tiga minggu lalu, tidak lagi kelihatan dari tempat ia mendarat di pantai Aceh Utara.
Ribuan minoriti Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun dalam perjalanan laut yang panjang dan mahal, dan biasanya menaiki bot tidak selamat, untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia.
“Kami sudah muak dengan kehadiran mereka kerana apabila mereka tiba di darat, kadang-kadang ramai daripada mereka melarikan diri. Ada beberapa jenis ejen yang mengambil mereka. Ia adalah pemerdagangan manusia,” kata Saiful Afwadi, seorang ketua masyarakat tradisional di Aceh Utara, kepada AFP, hari ini.
Pengarah pertubuhan hak Rohingya Arakan Project, Chris Lewa, pula berkata penolakan penduduk kampung itu seolah-olah mempunyai kaitan dengan kekurangan sumber kerajaan tempatan untuk menampung pelarian dan perasaan bahawa mereka itu diambil kesempatan oleh penyeludupan manusia.
“Penyeludup Rohingya sememangnya mengambil kesempatan, menggunakan Indonesia sebagai transit ke Malaysia. Tetapi, pada masa yang sama, tiada negara lain akan membenarkan mereka masuk.
“Adalah menyedihkan dan mengecewakan bahawa kemarahan penduduk kampung terhadap orang bot Rohingya yang sendiri menjadi mangsa penyeludup,” kata Lewa kepada AFP, hari ini.
Lewa berkata, ketika ini mereka mencuba untuk mencari ke mana bot itu berada selepas ia dihalau tetapi ‘tiada sesiapa yang tahu’.
Siasatan 2020 oleh AFP mendedahkan, operasi penyeludupan manusia bernilai jutaan dolar dan sentiasa berkembang, bermula dari kem pelarian besar-besaran di Bangladesh ke Indonesia dan Malaysia, dengan ahli komuniti Rohingya tanpa kerakyatan sendiri berperanan penting dalam memperdagangkan rakyat mereka sendiri. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us