Perbualan lucah J-KOM: Prof Agus dan Wahab tampil berdepan media secara bersama

Bekas Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Mohammad Agus Yusoff dan seorang pegawai agensi itu tampil bersama pada sidang media bagi menjelaskan video tular yang didakwa rakaman perbualan mereka.

Agus menafikan terlibat perbualan lucah pada video tular yang memaparkan individu mirip dirinya bersama seorang lelaki lain.

“Saya ingin katakan bahawa video itu suatu yang doctored, satu yang edited, saya yang diframe,” katanya pada sidang media malam ini di Bandar Baru Bangi.



Agus juga berkata dia telah membuat laporan polis petang tadi di Kajang dan akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video itu.

“Kita telah belajar bagaimana seseorang itu dijatuhkan dengan tuduhan seksual dan ini berlaku kepada saya,” katanya lagi.

Pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Karim turut bersama Agus malam ini, bersama para peguam yang mewakilinya.

Abdul Wahab mendakwa apa yang berlaku merupakan konspirasi daripada seseorang digelar sebagai Mr H.



Menurut Abdul Wahab dia telah merakam perbualan video dengan Agus tetapi isi perbualannya bukan seperti yang telah diubah suai dan menjadi tular di dunia maya.

“Hakikatnya video yang saya rakam itu, video yang tidak mempunyai audio,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker