Azalina cabar Ahmad Samsuri letak jawatan MB Terengganu
CHUKAI: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dicabar meletak jawatan sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu untuk fokus kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember ini.
Cabaran itu dilontarkan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said selepas majlis perjumpaan bersama jentera penerangan dan wanita UMNO di Pejabat UMNO Kemaman, di sini hari ini.
“Kalau betul dia yakin (menang), saya nak cabar dia hari ini letak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu…fokus kepada Parlimen Kemaman (dan) lawan satu dengan satu (baru) adil.
“Sebab kita rasa, kita kuat tapi dia nak bertanding atas tiket sebagai Menteri Besar sebab bila kalah (masih) boleh jadi Menteri Besar.
Maknanya dia tak amanah, ikhlas pada pengundi Kemaman.
“Tapi saya nak tanya kalau dia berani letak jawatan bertanding (dan) jangan jadi Menteri Besar, tanding 0-0…satu lawan satu, kita tengok mana yang kuat,” katanya.
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang juga berkata, Barisan Nasional (BN) juga tidak tergugat dengan pemilihan Ahmad Samsuri sebagai calon bagi PRK kerusi berkenaan.
Katanya, BN menawarkan calon terbaik untuk memberi khidmat kepada pengundi di Parlimen Kemaman.
“Saya rasa macam PAS tidak adaorang lain dan saya lihat PAS ini kalau boleh dia mungkin merasakan itu sahaja yang terbaik yang nak ditawarkan,” katanya.
Semalam, PAS mengumumkan mempertaruhkan Ahmad Samsuri untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada PRK, 2 Disember ini.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ceramah Perdana dan Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRK Kemaman di Dewan Terbuka Kemaman Arena Square, di sini.
Ini adalah penampilan pertama Ahmad Samsuri bagi merebut kerusi parlimen.
Beliau dijangka menentang calon BN yang bakal mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazir Razak nikah lagi
- CLJ selar kenyataan Alexander berhubung pelarian Palestin
- Budak Flat dedah hidup miskin bandar
- Isteri serbu rumah pelacuran, tampar suami tengah baring dengan wanita
- Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu
- MB Perlis dah tunjuk Muhyiddin hanya boneka – bekas MP Kangar
- PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah
- Berebut kedudukan, giliran Bersatu Perlis berdepan krisis
- Menteri terkejut Sanusi samakan manusia dengan binatang
- Lega ayah ditangkap, akhirnya dapat pengajaran – anak dirogol bapa kandung
- MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis
- Berhimpunlah PAS tapi jangan putar belit fakta – Nik Elin
- Pimpinan Bersatu perlu diubah – Eddin
- Dakwaan Langkawi ‘sunyi’ taktik mahu peruntukan – Sanusi
- PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin
A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us