7 kawasan larangan solat

7 kawasan larangan solat

Saidina Umar al-Khattab r.a. meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa, Baginda s.a.w. melarang seseorang mengerjakan solat di tujuh tempat iaitu, tempat pembuangan sampah, tempat penjagaan dan penyembelihan binatang, kawasan perkuburan, di tengah jalan, di tempat atau bilik mandi, di tempat pertambatan unta dan di atas kaabah. (HR Tirmizi & Ibnu Majah)

Walau bagaimanapun terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di kalangan ahli fiqh mengenai hadis ini. Ada yang memandang ia sebagai satu larangan yang tidak sampai ke tahap haram. Hanya makruh sahaja. Sebaliknya ada juga yang memandangnya sebagai sesuatu yang haram secara mutlak.



Ada juga dikalangan ulama berpendapat tempat yang kotor atau bernajis di atas, seperti kawasan pembuangan sampah, penyembelihan haiwan dan ditengah jalan dibolehkan solat di kawasan tersebut dengan syarat perlu dilapik dengan sesuatu alas. Manakala pendapat yang lain tetap keras menyatakan itu semua juga tetap tidak boleh.

Bagaimanapun di antara beberapa pendapat ini yang terbaik ialah seharusnya kita berusaha sekuat mampu untuk mengelak diri dari bersolat di tujuh tempat terlarang tersebut. Solatlah di mana pun di muka bumi ini, namun beberapa tempat tertentu yang kotor atau bernajis atau tidak sesuai bagi menempatkan amal ibadah yang mulia elakkanlah sebaiknya.

Solat di atas sejadah atau apa-apa bentuk alas dan lapik adalah merupakan satu sunnah yang baik untuk kita teladani. Tetapi ianya tidak mencapai taraf hukum yang mewajibkan. Apabila seseorang itu mencari tempat untuk bersolat contohnya dalam pesawat terbang atau terminal lapangan terbang, atau di mana sahaja maka perhatikanlah garis petunjuk yang diberikan oleh dalil-dalil di atas.

Lebih elok kita mempersiapkan sehelai sejadah dari rumah sebelum memulakan sesuatu perjalanan terutama yang tidak dijangka. Jikalau tiada atau terlupa memadailah hanya menggunakan selimut terpakai, surat khabar atau apa-apa pilihan lain yang lebih sesuai sebagai alas solat.



Alas sapu tangan atau kertas tisu tebal juga mencukupi bagi dibentang atas tempat yang akan disujud bersandarkan kepada perbuatan para sahabat dalam salah satu riwayat di atas.

Seseorang yang ingin solat selain dari tempat solat, mereka seharus mencari tempat yang paling bersih menurut perkiraannya dan kemudian melapik tempat tersebut dengan apa-apa yang mampu diusahakannya. Sebolehnya carilah tempat di penjuru atau tersorok dengan mengelak tempat yang menjadi laluan orang ramai sebagaiamana hadis larangan di atas.

Elakkan semampu mungkin

Jikalau tetap gagal mencari tempat yang bersih atau gagal menutupinya dengan alas yang memadai setelah diusahakan sekuat mampu, maka seseorang itu tetap wajib solat seperti biasa. Hanya sahaja kaedah sujudnya yang sedikit berbeza iaitu bahagian muka tidak disentuhkan pada permukaan.



Dalam erti kata lain, seseorang itu sujud seperti bentuk dan posisi yang biasa dengan kedua lutut dan tangannya mencecah permukaan manakala mukanya direndahkan semaksima mungkin tetapi tidak sehingga mencecah permukaan. Pendapat ini dihujahi kesahihannya oleh Imam Ibnu Hazm. Dan ia didokong juga oleh ahli-ahli fiqh mutaakhir seperti Prof. Dr. Hasbi as-Shiddieqie dan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili.

Seseorang yang telah berusaha sekuat daya tetapi tidak mampu menemui tempat solat yang bersih atau alas solat yang memadai maka dia tetap wajib mendirikan solat-solat fardunya itu dalam suasana yang sebegini dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut di lain masa kerana dia dipandang sebagai menghadapi situasi keuzuran agama yang nyata.

Demikian menurut majoriti para fuqaha. Hanya sahaja perlu dipastikan dengan ikhlas bahawa dia telah benar-benar berusaha mencari tempat solat yang bersih dan kekotoran yang wujud itu adalah benar-benar jijik dan bernajis besar, bukan semata-mata lintasan hati yang ragu-ragu atau mencari helah kemudahan ataupun hanya sekadar kekotoran lumpur Sahaja. Wallahu a’lam Utv

7 kawasan larangan solat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker