Tendang isteri hingga patah rusuk, pengawal keselamatan dipenjara 24 bulan
Tendang isteri hingga patah rusuk, pengawal keselamatan dipenjara 24 bulan
Batu Pahat: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan serta denda RM5,000 terhadap seorang pengawal keselamatan selepas mengaku bersalah menendang isteri hingga patah rusuk dan hidung berdarah di sebuah rumah di Yong Peng, dekat sini minggu lalu.
Tertuduh, Moh Amin Keling, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencederakan isterinya Rahiza Rahmat, 52, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Melayu Estate, Yong Peng, pada jam 6.15 petang, 9 November lalu.
Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Hukuman bagi Seksyen 325 ialah penjara sehingga tujuh tahun serta denda manakala Seksyen 326A, penjara bagi suatu tempoh dua kali ganda yang mana boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan mengikut Seksyen 325.
Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara tertuduh dengan isterinya yang berpunca daripada keengganan wanita itu memberikan kad bank milik tertuduh.
Pertengkaran itu kerana tertuduh mahu melihat baki wang RM30,000 sama ada masih ada dalam akaunnya atau tidak memandangkan kad bank itu dipegang isterinya.
Bagaimanapun, tertuduh hilang sabar apabila permintaan tidak diendahkan lalu menaikkan kaki dan menendang muka mangsa sebanyak tiga kali hingga cedera parah.
Kejadian itu turut disaksikan anak kedua-dua mangsa dan tertuduh. Mangsa kemudian mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh tidak diwakili pegusam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setiap memandangkan kesalahan dilakukan tertuduh amat serius.
Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan rayuan tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan serta denda RM5,000.
Mahkamah memutuskan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditahan, 10 November serta tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. HM
Tendang isteri hingga patah rusuk, pengawal keselamatan dipenjara 24 bulan
Baca Artikel Menarik:
- Wan Fayhsal dedah nama individu tarik MP PN
- Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
- Ahli keluarga terkorban, luahan remaja lelaki meruntunkan hati netizen [VIDEO]
- Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…
- Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama
- Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah
- Terbaik abang polis
- Speaker Dewan Rakyat naik darah
- ‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna
- Remaja rakam aksi beronani guna Al-Quran, siap kencing demi RM15
- Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara
- Zahid dan PRU16, 17, 18
- Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan
- Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
- Mendapan tanah di Bandar Puchong Utama, 6 van dan lori terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.