Mas Ermieyati di Masjid Tanah belum selamat
Calon Barisan Nasional, Abdul Hakim Abdul Wahid memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengekalkan kemenangan Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen Masjid Tanah, pada PRU15.
Peguam Norhazira Abu Haiyan, mewakili Hakim berkata notis rayuan telah difailkan pada 11 Nov.
“Kami akan memfailkan memorandum rayuan sejurus alasan penghakiman Hakim Mahkamah Pilihan Raya tersedia untuk kita,” katanya.
Pada 27 Okt, Hakim Abu Bakar Katar menolak petisyen Hakim, sambil menyatakan beliau gagal membuktikan keraguan munasabah bahawa wang diberikan ketika berlangsungnya kempen untuk mempengaruhi pengundi memilih Mas Ermieyati.
Mahkamah turut mengarahkan RM50,000 dibayar kepada Mas Ermieyati.
Mas Ermieyati, bekas timbalan menteri undang-undang dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, mengalahkan Hakim dengan 4,411 undi majoriti.
Calon Muda, Mutalib Uthman dan calon Pejuang, Handrawirawan Abu Bakar turut bertanding di Parlimen Masjid Tanah.
Mas Ermieyati ketika ini merupakan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wan Fayhsal dedah nama individu tarik MP PN
- Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
- Ahli keluarga terkorban, luahan remaja lelaki meruntunkan hati netizen [VIDEO]
- Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…
- Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama
- Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah
- Terbaik abang polis
- Speaker Dewan Rakyat naik darah
- ‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna
- Remaja rakam aksi beronani guna Al-Quran, siap kencing demi RM15
- Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara
- Zahid dan PRU16, 17, 18
- Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan
- Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
- Mendapan tanah di Bandar Puchong Utama, 6 van dan lori terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy
You must be logged in to post a comment.