Beromen di dalam bas, wanita buat laporan polis atas fitnah
Pemandu bas wanita yang difitnah beromen dan melakukan aksi tidak senonoh dalam pengangkutan awam itu dikatakan sudah membuat laporan polis, semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakannya menerusi akaun TikTok Iera Saila.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik, laporan polis itu dibuat kerana video tular berkenaan memburukkan nama, rakan sekerja serta syarikat bas.
Laporan itu juga dibuat terhadap wanita yang memfitnah pemandu bas itu menggunakan penama akaun Iffahdaniahaa dan pengguna aplikasi X dikenali sebagai nan manjoi8715.
Berdasarkan laporan yang dibuat, pemandu wanita itu menjelaskan pada hari kejadian bas lewat tiba di Larkin Sentral, Johor disebabkan kesesakan di lebuh raya sempena Deepavali.
Dalam hantaran lain, Iera Saila turut memaklumkan perakam video berkenaan sudah meminta maaf secara peribadi, namun laporan polis tetap diteruskan untuk membersihkan nama baik kawannya.
“Sebanyak 2.8 juta tontonan. Belum termasuk di portal-portal yang tidak bertanggungjawab. Minta maaf juga kepada perakam. Kita terpaksa jalankan tindakan ini.
“Cuma budi bicara untuk awak mungkin akan dipertimbangkan sebab sudah mengaku kesalahan. Harap yang lain boleh berhenti mengecam si perakam.
“Dan kepada si nan manjoi8715 si pencuri video orang lain dan menyebarkan tanpa usul periksa awak tunggu jap. Laporan polis untuk awak pun dah siap. Kita tunggu tindakan selanjutnya,” tulisnya dalam video berkenaan.
Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita tampil membuat pengakuan bahawa video memaparkan aksi tidak senonoh pemandu bas dan seorang kakitangan adalah fitnah semata-mata.
Menerusi ciapan di akaun X @anisjey, wanita itu berkata, dia dan suaminya merupakan saksi kejadian kerana tempat duduk mereka di belakang pemandu bas itu.
Perakam video berkenaan yang dikenali sebagai Iffah Danishaa juga membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merakam dan menyiarkan imej kedua-dua pemandu bas itu tanpa kebenaran.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wan Fayhsal dedah nama individu tarik MP PN
- Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
- Ahli keluarga terkorban, luahan remaja lelaki meruntunkan hati netizen [VIDEO]
- Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…
- Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama
- Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah
- Terbaik abang polis
- Speaker Dewan Rakyat naik darah
- ‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna
- Remaja rakam aksi beronani guna Al-Quran, siap kencing demi RM15
- Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara
- Zahid dan PRU16, 17, 18
- Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan
- Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
- Mendapan tanah di Bandar Puchong Utama, 6 van dan lori terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.