SPRM buat laporan polis terhadap Razali

SPRM buat laporan polis terhadap Razali

Satu laporan polis dibuat berhubung klip video memaparkan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris membuat ucapan didakwa berbaur fitnah terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, klip video yang dikongsikan di TikTok itu memaparkan ucapan Razali semasa berkempen pada pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu 10 November lalu.

“Beliau menyatakan bahawa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan semasa, serta mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan.

“SPRM memandang berat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM mereka adalah sebuah agensi penguat kuasa undang-undang yang melaksanakan fungsi membanteras rasuah secara bebas dan profesional tanpa pengaruh mana-mana pihak.

Sehubungan itu, pihaknya berharap tindakan sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera terhadap mereka yang mengeluarkan dan menyebarkan fitnah dan tohmahan terhadap SPRM. HM

SPRM buat laporan polis terhadap Razali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker