Permohonan bapa kandung gagal, anak bongsu pengasas Dnars kekal dijaga kakak
Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan bantahan awal yang difailkan oleh bapa kandung untuk mendapatkan hak jagaan anak bongsu pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare iaitu Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10.
Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Zaini Sulaiman yang menolak permohonan bantahan awal daripada Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, untuk membatalkan kes induk melibatkan hak penjagaan (hadanah) terhadap Qaseh Khadija.
Penolakan permohonan daripada Ahmad Shah Rizal itu sekali gus menjadikan hak jagaan Qaseh Khadija kekal milik kakaknya, Irdiena Hakim Jasman, 20, dan ibu saudara, Faradilla Rohban Ahmad, 36.
Sebelum ini, Irdiena bersama Faradilla merupakan plaintif yang diwakili peguam, Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed membuat tuntutan hadanah untuk hak lawatan, bermesra dan bermalam terhadap Qaseh Khadija yang merupakan anak kedua kepada pengasas Dnars, allahyarham Faziani Rohban Ahmad pada 28 Mac lalu.
Sementara itu, bapa saudara Qaseh Khadija, Mohd. Faizul Rohban Ahmad bersyukur atas keputusan yang diputuskan oleh mahkamah hari ini.
“Mahkamah sekali lagi memutuskan hak penjagaan sementara Qaseh Khadija kekal di bawah jagaan kakak dan ibu saudaranya,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 29 Mei lalu membenarkan Irdiena Hakim yang merupakan anak kedua kepada pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare mendapa hadanah adik bongsunya selepas tidak dibenarkan untuk bertemu dengan kanak-kanak itu sejak empat tahun lalu.
Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Zaini selepas Qaseh Khadija memilih untuk tinggal bersama tiga plaintif iaitu kakak, Irdiena Hakim, neneknya, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudara, Faradila Rohban
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wan Fayhsal dedah nama individu tarik MP PN
- Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
- Ahli keluarga terkorban, luahan remaja lelaki meruntunkan hati netizen [VIDEO]
- Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…
- Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama
- Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah
- Terbaik abang polis
- Speaker Dewan Rakyat naik darah
- ‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna
- Remaja rakam aksi beronani guna Al-Quran, siap kencing demi RM15
- Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara
- Zahid dan PRU16, 17, 18
- Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan
- Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
- Mendapan tanah di Bandar Puchong Utama, 6 van dan lori terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy