Perjalanan hanya 30 minit, pemandu teksi dibayar upah RM5,000

Seorang pemandu teksi terkejut selepas seorang penumpang memberikannya dua keping wang kertas €500 (RM2,533), yang menyebabkan dia menerima sebanyak €1,000 (RM5,067) sebagai tambang untuk perjalanan hanya 30 minit, lapor portal berita Thaiger kelmarin.

Pemandu itu berkongsi kisahnya itu dalam kumpulan sembang Pemandu Teksi Thailand di Facebook.

Menurutnya dia membawa penumpang warga asing tersebut dari Lapangan Terbang Don Mueang ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok yang sepatunya berharga 677 baht (RM89.07).

Penumpang itu meminta agar pemandu berkenaan tiba di destinasi dalam masa 30 minit dan menjanjikan bayaran istimewa jika dia sampai tepat pada masanya dan tidak terlepas penerbangannya, lapor laman berita Sanook.

Netizen bagaimanapun mempersoalkan kesahihan wang kertas itu kerana €500 jarang digunakan dan tiada dalam edaran selama bertahun-tahun.

Namun, pemandu itu menjawab bahawa wang itu adalah tulen. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker