Murid darjah 6 maut, motor ibu bergesel dengan lori

Seorang murid tahun enam maut selepas motosikal dibonceng bersama ibunya bergesel dengan sebuah lori di Jalan Lubuk Binjai dekat Kampung Undang di sini, pada pukul 1.30 petang tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa, Harraz Mifzal Muslim, 12, yang baru pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Undang dan dijemput ibunya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika sebuah lori dalam perjalanan ke arah Kampung Undang, di sini.
Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, lori berkenaan cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti untuk masuk ke simpang kanan dengan membelok ke sebelah kiri jalan.
“Lori terbabit yang dipandu lelaki berusia 31 tahun bagaimanapun bergesel dengan motosikal jenis Honda Beat yang ditunggang dua beranak itu lalu menyebabkan mereka terjatuh.
“Harraz Mifzal kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala ibunya mengalami kecederaan di bahagian kaki,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Tambah Wan Mohd. Zaki, pemandu lori berkenaan pula terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum lelaki itu membuat laporan polis selepas kejadian.
Katanya, mayat kanak-kanak malang tersebut telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wan Fayhsal dedah nama individu tarik MP PN
- Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
- Ahli keluarga terkorban, luahan remaja lelaki meruntunkan hati netizen [VIDEO]
- Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…
- Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama
- Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah
- Terbaik abang polis
- Speaker Dewan Rakyat naik darah
- ‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna
- Remaja rakam aksi beronani guna Al-Quran, siap kencing demi RM15
- Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara
- Zahid dan PRU16, 17, 18
- Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan
- Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
- Mendapan tanah di Bandar Puchong Utama, 6 van dan lori terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET